
Sungguh menjijikkan
apabila terakamnya satu video seorang pekerja Pizza hut kencing di sinki
restoran tersebut. Disebabkan oleh kejadian ini sebuah restoran Pizza Hut yang
terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat
sementara waktu.
Sebaik rakaman CCTV
perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup
oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan
kesihatan.
Hal ini kerana perbuatan
itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan
untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan
menghidangkannya pada pelanggan.
Pizza Hut Corporation
mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang
telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan
nama baik syarikat.
Bagaimanapun, jurucakap
Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu
operasi.
0 Response to "SANGAT JIJIK!! BILA PEKERJA LELAKI INI KENCING DI SINKI PIZZA HUT BERJAYA TERAKAM"
Post a Comment