
Dua beg galas yang
ditinggalkan di bawah kerusi di sebuah pusat membeli-belah di sini menimbulkan
kebimbangan mengenai kemungkinan bom.
Polis bagaimanapun
mengesahkan bahawa dua beg galas berkenaan ditinggalkan oleh dua pelancong warga
Korea yang mahu membeli-belah di Pavilion Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Dang
Wangi, ACP Zainol Samah berkata, dua pelancong wanita itu meninggalkan dua beg
mereka dekat bahagian tengah di aras dua pusat membeli-belah tersebut pada
kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
“Selepas 30 minit menunggu
pemilik untuk menuntut beg mereka, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk
menghubungi kita demi keselamatan orang awam.
“Unit pemusnah bom segera
ke tempat kejadian dan beg berkenaan diperiksa dan apa yang ditemui adalah
pakaian,” katanya.
Kira-kira tiga jam
kemudian, dua wanita berkenaan dalam lingkungan 20-an dan 40-an tampil untuk
menuntut beg mereka.
“Mereka dibawa untuk
disoal siasat. Mereka beritahu kita bahawa mereka mahu pergi membeli-belah,
sebab itu mereka tinggalkan beg mereka di situ.
“Kita berpuas hati dengan
jawapan mereka. Mereka telah dilepaskan,” katanya.
Pemeriksaan mendapati
kedua-dua pelancong itu memasuki Malaysia pada Isnin lalu (11
Januari).
0 Response to "GEMPAR!! BEG YANG DISANGKA BOM RUPANYA HANYA BERISI BAJU"
Post a Comment