"SAYA BUKAN CARI PUBLISITI MURAHAN, AKAUN INSTAGRAM SAYA DIGODAM!!" - ARJA LEE


Semalam satu video Arja Lee yang sedang menimbang bole hanya memakai seluar dalam dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Meskipun pengurus Arja telah tampil memberitahu akaun Instagram milik Arja digodam, masih ada lagi pihak yang mempersoalkan mengapa video tersebut disimpan didalam telefon bimbit Arja.
Namun, buat Arja beliau sedikit tidak terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
Ketika ramai yang mengkritik dan mencemuh, saya bersyukur ada juga yang menyokong kerana mereka tahu saya bukan begitu. Saya menghadapi situasi ini dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Apatah lagi saya pernah berhadapan situasi lebih kurang sama ketika membintangi filem Anu Dalam Botol (2011).
Jelas Arja, beliau tidak pernah mencari publisiti murahan dan video berkenaan dirakam bagi menyahut cabaran daripada rakan-rakannya.
Jika diikutkan, saya tidak pernah memuat naik sebarang gambar atau video sekadar untuk mencari publisiti. Video itu dirakam bagi menyahut cabaran rakan-rakan kerana tahu saya tidak boleh bermain bola sepak. Kalau benar saya ingin mencari publisiti murahan, sudah lama saya memuat naik gambar sebegitu.

Nampaknya, video berkenaan pun sudah dipadam daripada Instagram beliau. Jadi Arja selepas ini harus lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar atau video tidak sepatutnya menjadi tatapan umum.

0 Response to ""SAYA BUKAN CARI PUBLISITI MURAHAN, AKAUN INSTAGRAM SAYA DIGODAM!!" - ARJA LEE"

Post a Comment