Berpunca daripada
menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Perdana Menteri sebelum ini,
penyanyi Soo Wincci mengakui terpaksa menanggung hutang sehingga nyaris
diiystiharkan muflis kerana gagal mendapatkan tajaan mengadakan konsertnya pada
tahun lalu.
Konsert itu tidak gagal
kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal
daripada segi kewangan. Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang
ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan
hutang itu.
Bayangkan, kesihatan saya
juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja, jelasnya kepadamStar
Online. Sebelum ini, Wincci nekad meneruskan konsertnya dengan melaburkan
RM500,000 selepas beberapa penaja menarik diri gara-gara desakannya agar Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Ekoran itu, Wincci tidak
dapat melaburkan wangnya untuk membuat promosi konsert berkenaan sehinggakan
tiket persembahan tidak mendapat sambutan. Bagaimanapun, penyanyi ini tidak
menyesal kerana perkara tersebut membuatkan dia dikenali sehingga ke luar
negara.
0 Response to "SOO WINCCI HAMPIR MUFLIS MENGKRITIK PM SEHINGGA KE LUAR NEGARA"
Post a Comment