PELIK!! PONDAN DIDAKWA R0GOL REMAJA PEREMPUAN



SEORANG pondan telah dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa cuba merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, ketika dia masih menjadi lelaki.
Davina Aryton, 34, didakwa melakukan perbuatan itu ketika berusia 25 tahun dan semasa namanya dikenali sebagai David.
Ketika kes itu menjalani perbicaraan, mangsa memberitahu dia cuba melawan Aryton dalam satu kejadian yang berlaku pada musim sejuk 2004.
“Saya tahu ia berakhir dengan cepat tetapi kesannya dirasai selama-lamanya.
“Dia berada di atas badan saya, walaupun hanya beberapa saat tetapi ia seperti berminit-minit,” katanya.
Menurut mangsa, Aryton memegang sebelah tangannya dan dia hanya boleh menggerakkan sebelah lagi tangan yang berada di belakang sofa.
Pada waktu itu, katanya dia tidak boleh bernafas apabila Ayrton menciumnya.
“Pada satu masa, saya rasa seperti mahu menamparnya tetapi tangan saya tidak boleh bergerak. Saya menyuruhnya berhenti tetapi dia mencium muka saya hingga saya tidak boleh bernafas,” katanya.
Dalam pada itu, pendakwaraya, Chris Stopa berkata, Aryton pernah memberitahu rakan sekerjanya pada 2014 bahawa dia pernah merogol seseorang pada masa lalu.

Aryton bagaimanapun menafikan tuduhan rogol antara Oktober dan November 2004 itu. 

0 Response to "PELIK!! PONDAN DIDAKWA R0GOL REMAJA PEREMPUAN"

Post a Comment