Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Saya post bukan mahu berniat mengaibkan atau menyalah
sesiapa. Juga bukan untuk mengatakan yang saya 100% betul. Ada juga kesalahan
dan kesilapan di pihak saya. Cuma saya nak jelaskan beberapa perkara.
1.
Pengantin bayar RM400, bukan RM500 seperti yang tersebar. Saya tolak RM100
kerana sesi Outdoor dibatalkan kerana membuat masa kedua-dua pihak.
2.
Saya tak membalas mesej suami pengantin kerana urusan saya adalah dengan
pengantin perempuan, bukan dengan orang lain. Saya tak nak satu pihak faham
lain, pihak kedua pula faham yang lain.
3.
Semasa deal, saya beritahu album percuma akan diberikan dan saya berjani akan
mengantikan yang baru. Dua album yang berlainan. Salah saya sebab salah tempat
dan tak tahu menggunakan sofware yang berlainan. Album saya dicetak di tempat
lain sebab kami mengejar masa. Layout lain, bila dicetak jadi lain. Rujuk gambar
yang disertakan.
4.
Resit pos yang saya beri, hanya itu yang saya simpan. Isu tracking not found,
saya tak mahu komen. Saya order barang online pun kadang-kadang tracking not
found. Tahu-tahu saja barang sudah sampai.
5.
Saya berhenti mesej pengantin sebab application phone saya rosak. Saya terpaksa
update dan repair. Contact dan mesej yang sebelumnya juga turut hilang.
6.
Saya berikan contoh gambar album dan jelaskan bagaimana saya akan hantar album.
Kenapa patut timbulkan isu album atau photobook?
Awak
berdua nak tahu apa kesannya hal ini pada saya?
1.
Share post Friends of PDRM = 155 + share, orang perseorangan (terlalu banyak
nama untuk saya kongsikan di sini) kutuk saya, hina saya dan share post
awak.
Laman
New Malaysian Post kata awak bayar saya RM500. Mana ayat dan isu awak hanya
bayar RM400? Blog Yashim Wong jadikan saya bahan kononnya saya jadikan album
awak teruk dengan bayaran RM500.
2.
Suami awak sebarkan conversation saya dengan awak tanpa mengaburkan nombor
telefon saya sehingga saya terima banyak panggilan dari nombor yang tidak
dikenali.
3.
Saya menerima pelbagai mesej yang berunsurkan sindiran dan tidak kurang juga
yang mempersoalkan agama dalam tugas saya.
Saya
letakkan gambar yang cukup menutup aib semua pihak untuk orang lain menilai
sendiri apa yang saya nyatakan. Bukan hak saya nak cerita tahap ikhlas saya.
Saya tak mahu mengungkit apa yang saya lakukan, apa yang saya rugi demi
menyiapkan tugas saya untuk awak. Tetapi bila perkara ini berlarutan, saya harus
jelaskan yang sebenarnya.
Kepada
awak berdua, sekali lagi saya membuat permohonan maaf secara terbuka di atas
semua kesilapan saya dalam memberi perkhidmatan pada awak berdua. Kepada yang
menyebarkan, saya harap awak berhenti dan memadamkan post awak. Sekian terima
kasih. - Ishimaru Sachiyo | Ditulis semula untuk siaran di
0 Response to "'TERIMA KASIH SEBAB KATA HASIL KERJA KITORANG MACAM SAMPAH'"
Post a Comment