Gadis Tipu Dirinya Di Culik Akhirnya Ke Henry Gurney


Hanya kerana ingin menge-ta-hui sama ada ibu kandungnya menyaya-ngi dirinya atau tidak, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bertindak ‘menculik’ dirinya sendiri Disember lalu.

Akibatnya, remaja yang mendambakan perhatian itu kini perlu menghabiskan tiga tahun dari usia mudanya di Sekolah Tunas Bakti yang akan ditentukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Penempatan remaja itu di sekolah terbabit diperintahkan ber-kuat kuasa hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Mahkamah Juvenil di sini mengikut Seksyen 91(B) Akta Kanak-kanak 2001 selepas mendengar laporan akhlak daripada JKM, fakta kes dan rayuan pihak pembelaan serta hujahan pihak pendakwaan.

Majistret Nor Asma Ahmad turut mengenakan bon tanpa cagaran terhadap ibu bapa gadis sunti terbabit yang diperintahkan untuk melawat remaja terbabit sebulan sekali di Sekolah Tunas Bakti.

Menurut peguam bela, Nur Aida Md. Zainuddin yang mewakili remaja itu, sekiranya ibu bapa gadis itu gagal berbuat demikian, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 93(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda ti-dak melebihi RM5,000.

Pada 6 Januari lalu, gadis terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menggunakan kenyataan bahawa dia telah diculik sebagai benar sedangkan kenyataan tersebut adalah palsu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 9.12 pagi, 29 Disember lalu di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini dan pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan.

Difahamkan remaja terbabit di-besarkan oleh keluarga angkat yang tinggal berdekatan dengan ibu bapa kandungnya sejak kecil.

Dia yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik ha-nya pulang ke rumah keluarga kandungnya pada hujung minggu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali.

Syed Farid ketika ditemui selepas tamat prosiding memohon agar masyarakat tidak lagi mengecam gadis itu kerana kekecohan berlaku juga adalah disebabkan ibu bapa gagal memberi perhatian sewajarnya kepada anak mereka.

Sementara itu, bagi kes remaja berusia 17 tahun yang didakwa me-rogol gadis tersebut dua tahun lalu, Syed Farid memaklumkan bahawa lelaki terbabit diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka berkuat kuasa hari ini untuk tempoh tiga tahun.

Ibu bapa lelaki terbabit juga di-kenakan bon serupa oleh mah-ka-mah.

Remaja lelaki yang bekerja seba-gai penyembur asap nyamuk itu pada prosiding terdahulu, didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari, sekitar Di-sember 2014 di sebuah kediaman di Bandar Sultan Suleiman ketika mang-sa berusia 13 tahun enam bulan.

Pertuduhan ke atasnya remaja lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Berbeza dengan prosiding ter-dahulu, pihak media hari ini ti-dak dibenarkan berada di dalam mahkamah kerana prosiding dila-kukan secara tertutup dan terpak-sa menunggu hampir lima jam bagi mendapatkan keputusan mah-ka-mah.

Bagaimanapun, ketika mahkamah berhenti bersidang buat sementara waktu, anggota media sempat masuk seketika di dalam mahkamah.


Pada ketika ini, gadis remaja itu dilihat sedang menangis sambil ditenangkan oleh ibunya dan mereka juga dilihat berpelukan.

0 Response to "Gadis Tipu Dirinya Di Culik Akhirnya Ke Henry Gurney"

Post a Comment