KUALA PILAH 28 Jan. - Seorang suri rumah
mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan
mencederakan suaminya dengan memotong kemaluan warga Pakistan itu di Jempol,
minggu lalu.
Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan itu
selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa kepadanya di
hadapan Hakim Sazlina Safie.
Wanita itu didakwa menyebabkan kecederaan parah
terhadap Umar Rahman, 44, dengan menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah di
Jalan Beringin 3, Batu Kikir dekat Jempol pada pukul 1.20 pagi, 20 Januari
lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad
Zanudin mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan jika
didapati bersalah.
Mahkamah menetapkan 22 Februari ini untuk
menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan perubatan mangsa.
Tertuduh tidak diwakili peguam.
Ibu kepada lima orang anak itu dibenarkan bebas
oleh mahkamah dengan ikat jamin RM5,000 berserta seorang penjamin.
Dalam kejadian pada 20 Januari lalu, wanita itu
bertindak nekad memotong kemaluan suaminya sehingga putus ekoran tidak tahan
dengan sikap lelaki terbabit yang sering memaksanya melakukan seks ganas.
Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke
Hospital Jempol sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menyambung semula
kemaluannya.
0 Response to "Tersalah Potong Zakar Suami"
Post a Comment