AMSTERDAM - Nyanyian nyaring seorang penyanyi
opera disalah sangka sebagai jeritan, menyebabkan pihak berkuasa Amsterdam
menyerbu masuk rumah penyanyi tersebut, kelmarin.
Menurut laporan CNN, polis bertindak demikian
selepas mendapat aduan mengenai keganasan rumah tangga oleh penduduk
sekitar.
Kata seorang jiran, satu 'jeritan yang
menakutkan' kedengadaran dari rumah penyanyi tersebut.
Serbuan polis mendapati penyanyi lelaki
tersebut seorang diri dan menyanyi sambil memakai fon telinga.
Polis bagaimanapun 'hanya ketawa' apabila
menyedari keadaan sebenar yang berlaku dan penyanyi tersebut tidak dikenakan
sebarang tindakan undang-undang.
0 Response to "Salah Pecah Rumah"
Post a Comment