
Luahan sayu Nur Faiqah
Azhar, 13, di ruangan komen berita mengenai ibunya yang lemas di Pulau
Perhentian Besar, Jertih, 12.40 tengah hari semalam. Sayu
membacanya.
Semoga roh Sharifah
Faridah Syed Jaafar, 47 dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
”Umi, kakak sayang Umi.
Kakak minta maaf sangat. Kakak rindu Umi. Kakak dah mimpi pasal Umi meninggal
tapi kakak tak sanggup nak cakap kat Umi. Kakak tak pernah percaya mimpi itu
sampai berita itu sampai.
Umi, kakak nak Umi happy
kat sana. Umi, marilah ‘melawat’ tengok anak Umi ini. Kakak sedih sebab kakak
tak sempat nak tengok Umi sebelum Umi meninggal. Kakak dah tolong mandikan Umi,
kafankan Umi, angkat Umi. Umi mesti ingat kan?
Umi mesti nak tengok
kejayaan kakak kan? Kakak minta maaf dengan Umi sebab kakak hanya dapat
menunjukkan kejayaan kakak sebanyak 4A sahaja dalam UPSR.
Umi, nanti siapa nak tegur
pasal kuku kakak panjang? Siapa nak tegur kalau kakak tak makan ubat? Siapa nak
tegur kalau kakak tak jaga muka? Dengan siapa kakak nak mengadu? Kakak nak sakat
siapa nanti?
Umi dah pergi sana. Umi
mati syahid. Kakak tahu Umi mesti tunggu anak-anak Umi di pintu syurga dan
bersedia untuk menjadi bidadari ayah yang paling cantik.
Di mata kakak, Umi seorang
je yang cantik. Umi tunggu kita orang kat sana ek? Umi kena janji dengan kakak,
Umi akan ingat semua memori yang kita pernah lalui bersama.
Ayah sekarang ni sedang
berlakon tabah depan kita orang. Ayah cakap ayah dah hilang isteri kesayangan
ayah. Angah cakap Umi nak kakak makan mewah kan? Sebab itulah Umi bagi duit
lebih setiap kali ayah bagi duit belanja sekolah.
Umi, kakak tak nak makan
mewah, kakak nak makan masakan Umi. Lama dah kakak tak makan masakan Umi. Kakak
menyesal time kita masak macaroni bersama, kakak tak makan sebab kakak tak lalu.
Umi ingat satu je. Kita orang sayang Umi sampai bila-bila.”
Nur Faieqah Eiqah
Dyr
0 Response to ""UMI, KAKAK SAYANG UMI KAKAK MINTA MAAF SANGAT KAKAK RINDU UMI""
Post a Comment