Cium dahi selepas akad di masjid atau di
khalayak ramai. Macam satu dari agenda akad nikah. Boleh atau tidak?
Pertama sekali, kita rujuk sunnah nabi. Nabi
tak pernah buat begini. Nabi pernah cium pipi isteri ketika di dalam rumah dan
dilihat oleh sahabat. Itu cerita dalam rumah.
Cerita bercium selepas akad ini ada pengaruh
agama Kristian. Pengaruh ini ditiru oleh para artis. Lalu mereka yang
'bersunnahkan' artis ini terus menirunya seperti banyak hal yang lain lagi
seperti bersanding, tunjuk anak dalam perut, tunjuk perut boroi mengandung dan
lain-lain.
Jika sekadar bersalaman, tunduk mencium tangan
itu biasalah. Jika akad dalam masjid, lagilah kena dijaga adab dalam masjid.
Tentulah bercium itu perbuatan yang tidak sesuai walaupun hubungan halal kerana
ia dilakukan di khalayak dan di rumah Allah.
Jangan kerana ianya halal, suatu hari nanti
orang akan buat lebih banyak perkara halal suami isteri di rumah Allah. Dalam
hubungan suami isteri, ada perkara yang perlu disembunyikan dari khalayak.
Setakat berpegangan tangan, bersalaman itu sudah cukup. Perbuatan yang lain-lain
tidak perlu ditunjukkan pada orang lain.
Ada juga yang kata Tok Iman tidak melarang
perbuatan itu. Ada pula imam yang berfikir tidak mahu merosakkan mood dan majlis
orang, bimbang jatuh maruah orang yang ditegur di khalayak ramai. Tetapi dia
membenci di dalam hati.
Nak kahwin, kahwinlah tetapi tak payahlah nak
menunjuk nak berlebih-lebih dari apa yang nabi buat kerana berbuat dosa semasa
akad, bimbang keberkatan perkahwinan pun hilang.
Seronok tidak menentu sehingga kerobek dalam
perut isteri pun nak ditunjukkan pada seluruh dunia. Kerja Allah yang sedang
membentuk anaknya dalam perut adalah ibarat mendedahkan rahsia Allah yang
disembunyikan dalam perut dan belum dilahirkan.
Apa kata kalau Allah tidak sempurnakan anak itu
kerana ibu bapanya berasa seronok secara keterlaluan, kerana Allah Maha Kuasa
Menentukan apa saja. Biarlah Allah melaksanakan anugerahnya tanpa dijaja.
Sepatutnya gambaran dalam perut hanya untuk alasan perubatan sahaja.
Seperkara lagi, jika akad di masjid, pengantin
haruslah berpakaian sesuai dengan masjid. Bukannya pakaian pengantin seperti
ikan duyung selepas itu solat berimam pula dengan pakaian itu. Menampakkan susuk
tubuh itu juga aurat walau tertutup. Sebab itu orang guna telekung untuk
menghilangkan susuk tubuh di masjid.
Bahkan, sepatutnya di luar masjid pun berbuat
demikian. Selepas akad nikah, bawa jurugambar pergi ambil gambar di hutan, dalam
bendang, dalam kebun dan dipamerkan kepada seluruh dunia. Peluk sana sini
pelbagai gaya buat muka manja untuk apa? Nak tunjuk pada dunia? Pada kawan?
Fikir banyak kali, adakah boleh isteri ditunjuk sedemikian rupa? Ini bukan
budaya Islam, ini budaya orang lain yang bercanggahan dengan agama Islam.
Perkara pergaulan suami isteri di luar rumah
dan di khalayak patut dibataskan dengan perasaan malu, jangan seronok tak
menentu, tayang isteri putih gebu. Naik motosikal berpelukan itu okay kerana
takut terjatuh tetapi rakam gambar peluk sana sini tunjuk pada seluruh dunia itu
buat dosa sahaja.
Lebih teruk lagi, gambar isteri yang kelabu
hitam, orang kampung saya kata sam-sam disunting bagi puteh pang, putih
seputihnya, itu sudah tertakluk kepada riak dan menunjuk-nunjuk.
Isteri dan apa yang ada padanya adalah rahsia
untuk suami. Suami yang mengizinkan kesemua itu ditayangkan beroleh dosa dan
bersifat dayus. Menayang kecantikan rupa tubuh badan tidak termasuk dalam amalan
iman.
Ingatlah perkahwinan adalah gerbang hidup. Jika
ia tercemar dengan dosa, seluruh hidup terseret sama. Berkahwin memang seronok,
tetapi jaga batas agama.
- THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Boleh Ke Cium Isteri Di Khalayak Ramai?'"
Post a Comment