Saya masih beranggapan bahawa kenderaan
bukanlah satu keperluan bagi anak-anak muda. Tetapi bagi yang telah berkeluarga,
ia adalah sebuah keperluan yang perlu ada. Jika anda masih hidup bersendirian
dan belum mendapat 'Neelofa' idaman, memadailah naik motor skuter sebagai
'teman'.
Ibu bapa janganlah terlalu ghairah untuk
melihat anak membeli kenderaan baru. Jangan terus senyum dan bangga menawan.
Mereka sebenarnya sedang melangkah ke 'belakang'. Apa salahnya mula bekerja
setahun dua dengan modenas impian atau Honda Lenjenan?
Lupakan dulu kereta Honda City, Toyota Vios dan
Nissan Almera idaman. Kadar gaji dan kemampuan beli kenderaan dihitung
berdasarkan pendapatan tahunan. Jangan beli kenderaan di luar kemampuan.
Pastikan ansuran bulanan kita tidak melebihi 15% dari gaji.
Jika pendapatan anak anda sebanyak RM2,500
sebulan, didarabkan dengan 12 bulan, maka setahun dananya menjadi RM30,000.
Jumlah itu melayakkan mereka membeli kereta Proton Saga BLM atau Perodua Viva
'Forever'!.
Jika gaji anak anda RM5,500 sebulan, jumlah
bagi setahun adalah sebanyak RM66,000 menjadikan mereka layak membeli kereta
Nissan Almera baru.
GAJI X 12
BULAN = HARGA KERETA
Jika gaji kurang dari RM2,500, mulakan saja
hidup anda dengan motosikal kapcai warna emas lampu biru. Jika kenderaan anda
melebihi nilai pendapatan tahunan, anda sebenarnya telah mula berbelanja
berlebihan untuk kereta idaman atau telah terperdaya dengan helah jurujual
kenderaan.
Tanam azam untuk beli kediaman dulu sebelum
membeli kenderaan. Hutang kenderaan melambatkan simpanan tabung anda. Mulakan
dengan motosikal kapcai lampu bulat.
Lebih baik ada motosikal kapcai tanpa hutang
dari Honda Jazz yang terpaksa menanggung hutang keliling pinggang. Gegadis tak
suka naik motosikal sebab angin kuat boleh membuatkan bulu mata mereka hancur.
-THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Selagi Belum Dapat 'Neelofa' Idaman, Memadailah Beli Scooter Saja'"
Post a Comment