KELANTAN - Ibu bapa pelajar di Sekolah Hamzah
1, Machang, meminta para guru di sekolah terbabit tidak bersikap garang dengan
anak-anak mereka yang berada di Tahun 1, 2 dan 3.
Surat yang ditulis pada 24 Januari 2016 itu
meminta Guru Besar sekolah tersebut menyampaikan perkara itu kepada guru-guru
terutamanya yang mengajar pelajar Tahap 1 agar tidak terlalu garang. Ini kerana
mereka bimbang anak-anak mereka takut untuk pergi ke sekolah.
"Jika ada masalah di rumah, tinggalkanlah di
rumah dan jangan dibawa ke sekolah dan lepaskan pada para pelajar. Saya faham
masalah yang dihadapi oleh semua guru tetapi jangan terlalu garang.
"Banyak masalah yang akan timbul dan salah
satunya ialah para pelajar akan malas ke sekolah. Biar para pelajar suka/minat
dengan guru dan sekolah serta sentiasa mahu ke sekolah," kata wakil ibu bapa
pelajar sekolah tersebut.
Surat itu kini tersebar meluas di media sosial
dan rata-rata netizen mempertikaikan kewajaran surat seperti itu dikeluarkan.
-
THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Guru Terlalu Garang, Anak Kami Takut Pergi Ke Sekolah'"
Post a Comment