BUDAK MEMAKAI JERSI PLASTIK INI AKAN MENEMUI MESSI?


Baru-baru ini seorang budak lelaki berusia lima tahun dari Afganistan menarik perhatian dunia, apabila memakai ‘jersi’ Argentina yang diperbuat daripada beg plastik berjalur putih dan biru, bertulis ‘Messi 10’.

Nampak kasihan sangat, tak mampu nak memilikinya tapi berusaha membuat ‘jersi’ itu walaupun daripada plastik.. Budak lelaki itu sebenarnya datang dari keluarga yang susah dan sangat meminati Messi. Dia selalu meminta bapanya, Arif belikannya jersi Messi, tetapi bapanya tak mampu kerana hanya bekerja sebagai petani..

Budak lelaki yang dikenali Murtaza Ahmadi bukan sahaja menarik perhatian dunia, malah pemain bola sepak Barcelona iaitu Lionel Messi sendiri pun terpesona dengan budak itu, sehinggakan dia sendiri ingin bertemu dengan budak itu dan hadiahkan jersi kepadanya..

Whoaa, best lah budak itu kan, pemain bola sepak terkenal nak jumpa dia.. Excited sangat! Hihhihhi.. Beberapa jam yang lalu tersebar satu video yang menunjukkan budak lelaki itu kini sudah memiliki jersi Barcelona sendiri, siap ada nama ‘Messi 10’..

Budak itu dah jumpa Messi ye? Dalam video itu hanya menunjukkan budak lelaki itu sudah menyarung jersi tersebut, sambil bermain bola sepak di atas padang di Afghan Football Federation Stadium in Kabul, Afghanistan..

Difahamkan, pertemuan budak itu dan Lionel Messi masih lagi di dalam proses. Maybe diorang akan bertemu di Sepanyol, di mana Messi bermain bersama Barcelona.. Tunggu dan lihat saje pertemuan diorang nanti ye.

0 Response to "BUDAK MEMAKAI JERSI PLASTIK INI AKAN MENEMUI MESSI?"

Post a Comment