
Assalamualaikum.
Hari ni genap 13 hari Ilyas pulang ke Rahmatullah. Masih ada yang tertanya2
bagaimana semua ni berlaku sedangkan baru lihat arwah Ilyas sihat & lincah
setiap kali bertemu dengan saya & Ilyas. Dan ada yang bertanya bagaimana
keadaan saya serta keluarga sekarang? Alhamdulillah saya & keluarga sihat.
Cuma kadang2 perasaan rindu tu terhadap arwah tidak dapat saya gambarkan kerana
arwah Ilyas sentiasa bersama saya. Ketika saya menyediakan makanan, ketika basuh
pinggan mangkuk, ketika mengemas bilik dan ruang tamu, ketika menyidai pakaian,
ketika melipat baju, ketika mengambil & menghantar kakak serta abang ke
sekolah atau ngaji, ketika pergi ke kedai, adakalanya ketika menjahit.
AllahuAkbar setiap sudut di ruang rumah ni tersimpan memori bersama arwah. Tapi
saya sedar setiap apa yang kita ada 'bukan milik kita', semua milik Allah swt.
Hanya Allah swt yang mampu memberi & berhak mengambilnya semula. Setiap apa
yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, saya percaya dengan percaturan Allah swt
terhadap saya & keluarga.
Di
sini saya cuba ceritakan saat2 akhir bersama arwah. Tiada langsung tanda2 arwah
hendak pergi meninggalkan kami. Pada hari Khamis 14 Januari, anak kedua berusia
10 tahun mengadu sakit perut & cirit lepas pulang dari sekolah. Saya
sangkakan dia tersalah makan dan saya nasihatkan dia mengambil air &
supplemen yang telah tersedia di rumah. Esoknya hari Jumaat 15 hb bangun pagi
arwah mengadu sakit perut dan muntah bila minum susu & cirit sedikit. Terus
bawa Ilyas ke klinik. Tengah hari muntah dah kurang, masih cirit tapi x banyak.
Ilyas x nak minum susu mungkin masih rasa loya, tapi petang ilyas makan nasi sup
macam biasa. Malam pula ilyas makan ayam 'uncle bob' (isi ayam celup tepung)
sambil tonton televisyen bersama kakak2 & abang2. Muntah dah xda. Cirit
masih ada tapi x kerap kerana pengambilan ubat mengikut waktu. Lewat malam,
Ilyas ada demam sikit, Saya lap2 badan ilyas hingga pagi. Sepanjang tengah malam
ke pagi Ilyas cirit 2-3 kali.
Pagi
Sabtu 16 hb, saya lihat Ilyas masih demam & nampak lemah sikit. Saya buat
keputusan untuk bawa Ilyas ke hospital. Doktor panel yang rawat Ilyas cadangkan
suruh Ilyas admit. Pukul 11 pagi tiba di hospital swasta dan Ilyas admit pukul
12.58. Pukul 1.15 Ilyas seperti meracau-racau (tarik) beberapa kali di pangkuan
saya & suami. Saya ada maklum pada staff nurse. Selepas itu Ilyas tidur.
Saya pun tertidur.
Bila
tersedar lebih kurang pkl 2.58 saya terus pegang tangan Ilyas, kuku jari tangan
& kaki Ilyas pucat & sejuk. Mulut Ilyas juga pucat. Lagi sekali saya
maklum pada doktor. Saya rasa x sedap hati. Kemudian doktor cadangkan supaya
Ilyas transfer ke GH kerana mereka kekurangan pakar & peralatan. Cadangan
doktor kami terima. Pukul 4.32 Ilyas di transfer ke PICU Hospital Permaisuri
Bainun. Ilyas masih tidak sedarkan diri.
Tibanya
di PICU doktor maklum bahawa akan buat yang terbaik & minta saya berdoa
kerana keadaan Ilyas kritikal. Sekali lagi Ilyas 'tarik' & doktor beritahu
Ilyas sudah kekurangan oksigen di bahagian otak. AllahuAkbar satu berita yang
tidak dapat saya terima waktu itu. Sedangkan waktu pagi Ilyas masih
bercakap-cakap & minta susu seperti biasa. Tapi hati saya kuat mengatakan
Ilyas akan sedar! Ilyas kuat!
Hari
Ahad 17 hb, Ilyas masih tidak sedar, pelbagai ubat & antibiotik dimasukkan
untuk 'support' Ilyas. Doktor maklum hanya menunggu respon dari Ilyas kerana
Ilyas tidak diberi ubat tidur & memaklumkan bahawa bersedia sebarang
kemungkinan Ilyas akan pergi. Sejak Ilyas admit PICU oksigen di bahagian otak
makin berkurangan. Fungsi otak kian merosot. Luluh hati saya dan suami ketika
menerima perkhabaran ketika itu. Doktor memberi kebenaran untuk kakak2 &
abang2 Ilyas walaupun berumur 5 tahun untuk datang melawat Ilyas. Semua ibubapa
saudara, sepupu serta jiran tetangga yang mengenali Ilyas turut datang melawat
Ilyas. Tidak putus2 doa & kata2 semangat yang disampaikan.
Hari
Isnin 18 hb, keadaan Ilyas masih sama, tidak menunjukkan tindakbalas. Setiap
kali berada di sisi Ilyas bacaan yasin, doa & zikir tidak pernah lekang
dibibir memohon kebesaran Allah swt untuk menyembuhkan Ilyas. Setiap kali itu
juga, saya akan belai & urut-urut Ilyas disamping berbual & memanggil
nama Ilyas atau adik. Bercerita tentang mainan, kartun & makanan
kegemarannya. Doktor pakar maklum untuk berjumpa saya & suami dan
menerangkan kondisi Ilyas. Doktor memaklumkan Ilyas xda harapan untuk sembuh,
bekalan oksigen di otak Ilyas sudah berkurangan, Sistem dalam badan Ilyas juga
akan berhenti berfungsi satu persatu. Seperti satu tamparan yang kuat singgah di
pipi tapi saya tak dapat merasakannya tapi hanya linangan airmata yang laju
turun mencurah2 di pipi. Saya tidak dapat mendengar lagi penerangan doktor
ketika itu. Tetapi saya tidak terus mengalah solat, bacaan yasin, zikir &
doa tetap saya teruskan. Mengharap keajaiban Allah swt.
Hari
Selasa 19 hb keadaan Ilyas masih sama. Doktor maklumkan bahawa fungsi ginjal
Ilyas menunjukkan negatif. Jumlah ubat & air yang masuk tidak sama dengan
urin yang keluar. Keadaan saya tenang ketika itu, saya hanya berserah pada Allah
swt. Lepas maghrib semasa urut kaki Ilyas macam ada tindakbalas tp doktor kata
'refleks'. Tapi hati kuat kata Ilyas akan sedar. Saya meneruskan rutin saya
seperti biasa membelai & mengurut Ilyas disamping berbual & memanggil
nama Ilyas atau adik.Kadang-kadang saya mainkan video nyanyian Ilyas atau kartun
upin ipin & boboiboy kegemarannya. Hingga x sedar airmata mengalir kerana
terlalu rindu dengar Ilyas memanggil 'mama' atau memeluk tubuh gebu Ilyas.
Hari
Rabu 20 hb,Kali ini kaki Ilyas bergerak kuat setiap kali saya urut tapak kaki
Ilyas. Saya rasakan Ilyas memberi kesan yang positif. Namun jawapan doktor masih
sama, itu hanya 'refleks'.
Hari
Khamis 21 hb, selesai lawatan doktor-doktor pakar, salah seorang menghampiri
saya dan berkata, 'Ibu sudah tahu kan, keadaan Ilyas sekarang'. Saya hanya
mengangguk. Dalam hati saya terus berdoa, moga kata-kata doktor salah. Dr
menyambung lagi 'Semua adik beradik sudah datang lihat adik Ilyas' Lagi sekali
saya mengangguk & mengucapkan terima kasih kerana bagi kelonggaran masa
melawat Ilyas untuk ahli keluarga.
Masuk
waktu Zohor saya terus kembali ke bilik menunaikan solat & menjamah sedikit
makanan. Setelah selesai saya terus ke katil Ilyas untuk memulakan rutin biasa.
Saya memberi 'Salam' dan mengusap rambut Ilyas. Dahi Ilyas saya kucup, rasa agak
dingin. Bahagian mata Ilyas juga nampak sedikit pucat. Telinga Ilyas juga
dingin, terdetik di hati 'Ya Allah adakah Ilyas?' Nauzubillah minta di jauhkan,
saya masih sayangkan Ilyas.
Semasa
nak mula urut kaki Ilyas, terpandang mesin Ilyas, bacaannya 'drop' sedikit demi
sedikit. Terus maklum pada nurse, bila nurse terpandang mesin tersebut terus
minta saya keluar sebentar. AllahuAkbar Ilyas, terus saya maklum pada suami
ketika itu jam 2.22 petang. Lepas tu saya terus ke katil Ilyas mohon berada di
samping Ilyas. Permohonan saya diterima, saya lihat ketika itu nurse lelaki cuba
membuat CPR ke atas Ilyas, agak kuat juga tekanan CPR ke atas Ilyas yang masih
kecil. Di samping berdoa saya bertanya pada staff nurse berapa lama CPR ini
dilakukan, katanya akan mengambil masa 20 minit sehingga jantung Ilyas berdegup
semula. Ubat adrenalin juga disuntik untuk bantu kuatkan degupan jantung. Tangan
bertukar tangan membuat CPR ke atas Ilyas. Tak sanggup rasanya melihat keadaan
Ilyas ketika itu. Saya terus mengarahkan untuk memberhentikan CPR walaupun belum
cukup 20 minit seperti yang diberitahu, saya terus menghampiri Ilyas dan
berkata
'Ilyas
pergilah sayang, mama redha sayang, mama sayang ilyas sgt2' sambil mengucup dahi
pipi ilyas, Tubuh Ilyas saya peluk erat,
AllahuAkbar
saya tidak dapat gambarkan perasaan saya ketika itu. Selama 3 Tahun 4 bulan saya
bersama-sama Ilyas, kini Ilyas pergi buat selamanya jam 2.40 petang. Sungguh
berat ujian Allah swt berikan pada saya. Saya mengambil berat tentang 'hati'
Ilyas namun Ilyas pergi bukan sebab masalah hati, tetapi akibat jangkitan kuman
muntah cirit. Namun saya redha. Hingga kita bertemu kembali di Jannah sayang.
Ketahuilah mama & lain2 sentiasa rindukan Ilyas. Maafkan mama jika ada
terkasar & tertinggi suara sepanjang mama menjaga Ilyas. Mama cuma manusia
yang tidak lepas melakukan kesalahan.
Sayang
Ilyas.
- Sumber |
THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'ILYAS PERGILAH SAYANG, MAMA REDHA'"
Post a Comment