
PELAKON dan
pengacara Neelofa memberitahu ada rakan-rakan artis terasa hati selepas dia
bertindak keluar sebagai rakan (unfollow)
individu berkenaan dalam senarai pengikut Instagram mereka.
Neelofa
atau nama sebenarnya Noor Neelofa Md Noor, 26, menyifatkan perasaan tersebut
tidak sepatutnya berlaku memandangkan dia sekadar mengeluarkan mereka di
Instagram dan bukannya bermaksud untuk memutuskan persabahatan.
“Saya
mula berhenti menjadi pengikut rakan-rakan termasuklah teman-teman artis sejak
beberapa bulan lalu dan perkara itu membuatkan ramai yang mempersoalkan tindakan
saya itu.
“Mereka
merasakan sebagai kawan, menjadi kewajipan untuk mengikut mereka di Instagram.
Dan jika saya unfollow mereka,
ia menjadi satu isu besar.
“Ada
yang sentap (terasa) dan sehingga kini tidak bercakap dengan saya gara-gara
tindakan ini. Sedangkan saya masih lagi menganggap mereka kawan,” katanya
Terdahulu,
Neelofa membuat keputusan untuk berhenti menjadi pengikut kepada lebih 1,000
akaun Instagram termasuklah akaun rakan-rakan dan teman selebriti.
Dan
sehingga Selasa Neelofa hanya mengikut 714 akaun termasuklah mengenai berita
tempatan dan dunia, gambar-gambar bayi, fesyen, hiasan dalaman dan tip-tip
kecantikan.
Setakat
ini Neelofa mempunyai 2.4 juta penigkut laman sosial itu.
Tambah
Neelofa, sejak dia berbuat demikian, dia berasa lebih tenang selain menerima
pelbagai ilmu yang bermanfaat sahaja.
“Ada
sebab saya tidak mengikut rakan-rakan di Instagram. Keputusan ini dibuat sebagai
usaha membiasakan diri untuk tidak berfikiran negatif terhadap apa yang kita
lihat di laman sosial berkenaan.
“Contohnya,
apabila kita lihat gambar rakan-rakan yang sedang bercuti atau hasil belian
barang-barang, pasti terdetik dalam hati adakah mereka mahu menunjuk-nunjuk
walaupun sebenarnya bukan itu niat mereka.
“Situasi
seperti ini yang buatkan saya tidak suka. Kadang-kadang gambar yang mereka muat
naik itu sudah menunjukkan ia bersifat negatif dan secara tidak langsung perkara
itu terpalit dalam diri dan boleh serabutkan fikiran kita.
“Dengan
cara ini, saya lebih tenang dan menjadi lebih positif dalam setiap perkara yang
dilakukan,” ujarnya.
Sementara
itu, kata Neelofa, masalah terasa hati, gara-gara rakan tidak mengikut Instagram
rakan lain sememangnya wujud bukan sahaja di negara ini tetapi juga seluruh
dunia yang aktif menggunakan laman sosial.
Isu
itu juga dianggap perlu dibawa ke depan untuk dibincangkan di dalam mana-mana
program temu bual supaya masalah tersebut dapat dikurangkan.
“Laman
sosial secara tidak langsung boleh menjurus kepada unsur-unsur negatif seperti
isu follow danunfollow ini. Kerana
perkara seperti ini juga ia boleh membawa pergaduhan sesama rakan dan juga
keluarga.
“Bagi
saya isu seperti perlu diketengahkan dalam rancangan bual bicara untuk memberi
fahaman kepada masyarakat bahawa laman sosial bukanlah segala-galanya dalam
sebuah jalinan perhubungan. Dan jika kita unfollow seseorang,
tidak bermaksud kita putus hubungan,” tegasnya.
Sumber:
newmalaysianpost
0 Response to "Rakan artis sentap dengan Neelofa gara-gara Instagram"
Post a Comment