Adakah anda fobia akan kehadiran makhluk yang
bernama tikus? Jangan risau admin akan kongsikan cara halau tikus. Tikus
merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan,
tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian.
Kehadirannya di dalam sesebuah kedai aman biar punhanya seekor sudah cukup
membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk!
Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk,
membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang
relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali
melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang
singkat.
Jadi, tidak harianlah jika anda melihat tikus yang
menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak,
seakan tidak habis-habis. Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif
agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita. Ada beberapa cara yang
kerap di lakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun
tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik.
Tetapi kita juga boleh menggunakan cara semulajadi
untuk membasmi dan mengusir tikus ini. Berikut beberapa cara yang boleh anda
cuba:
1. Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh
menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.
2.
Kucing
Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat
membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!
3. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah
mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di
kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan
tikus pergi dari rumah.
4. Minyak Mint
Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint
(MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering
menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus
tidak menggemari bau mint.
5. Kapur Barus
(DryobalanopsAromatica)
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar),
kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini
cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang
cukup menyengat!
6. Cat Badan
Tikus Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan
badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan.
Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuat kawan-kawan
tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman
anda.
7. Buah Durian
Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana
bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit
durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau
durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa
gerun untuk singgah di kediamanan anda. Keberkesanan cara-cara membasmi dan
mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan
ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.
Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan
sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang
penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing
tikus!
Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit
berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah
setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap
hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang
bernama ‘tikus’ ini!
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda
dipersilakan untuk kongsikan di laman sosial anda.
0 Response to "INFO TERBAIK!! INILAH CARA MENGUSIR TIKUS DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI YANG PERLU ANDA TAHU"
Post a Comment