Anda mungkin pernah
mendengar tentang minyak kelapa dan beberapa manfaat yang yang terdapat di
dalamnya. Namun pernahkah anda minum air kelapa selama 7 hari
berturut-turut?
Kita ketahui bahawa air
kelapa muda memiliki khasiat dan ubat yang paling mujarab pada kesihatan tubuh
badan. Jika anda sering mengambil minuman berkarbonat, mungkin selepas ini anda
patut bertukar kepada Air kelapa.
Air kelapa sememangnya
sangat baik jika diminum setiap hari, dan kesan dari pengambilan air ini
lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda.
Ajaibnya, air kelapa dan
plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini
dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman
perang di masa suatu ketika dahulu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia
dapat diselamatkan.
Hari ini air kelapa telah
digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai tempat di
persekitaran kita. Kadangkala rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya
detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat tak diragukan
lagi.
Apa yang terjadi apabila anda minum air kelapa dalam 7 Hari?
Air kelapa boleh
menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang
menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang
menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.
Air kelapa dapat
meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak
sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai
penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan
saluran pundi kencing. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu
buah pinggang.
Air kelapa mengandungi
jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan.
Kerana air kelapa rendah
lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan
nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara
tak langsung membantu penurunan berat badan.
Cuba basahkan kapas atau
kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat,
kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan
segar, dan pori-pori akan terbuka.
Campur air kelapa dengan
minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit
usus.
Para pengkaji mendakwa
bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa
mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan
elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali
sebagai tekanan darah tinggi.
Jika anda ingin kulit anda
cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda
kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda
boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan
positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.
Air kelapa juga sebagai
anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan
tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan
banyak manfaat lain.
0 Response to "INI YANG AKAN TERJADI PADA TUBUH ANDA LEPAS MINUM AIR KELAPA 7 HARI BERTURUT-TURUT"
Post a Comment