Ada satu pasangan muda
yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu
sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur
pakaian… “Cuciannya kurang bersih ya bang,” kata si isteri. “Dia ni tentu tak
tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih
elok.”
Suaminya menoleh, tetapi
hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya
menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang
kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.
Seminggu berlalu, si
isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan
betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, “abang tengok jiran kita
ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar
dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?”
Sang suami berkata, “Saya
bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita.” Isterinya
terkesima.
Dan begitulah kehidupan.
Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan
fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih
pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita.
Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN
kita.
Hati, fikiran, perkataan
dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang,
maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran,
perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah
segalanya.
HATI menentukan
FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.
2 hal paling baik di atas
kebaikan :
Sangka baik kepada Allah
Sangka baik kepada Hamba Allah
Sangka baik kepada Allah
Sangka baik kepada Hamba Allah
perbanyakkan selawat
ke atas Junjungan Mulia
Nabi Muhammad S.A.W”
ke atas Junjungan Mulia
Nabi Muhammad S.A.W”
0 Response to "ISTERI INTAI JIRAN BARU KAHWIN, TAK SANGKA INI TINDAKAN SUAMINYA"
Post a Comment