JOHOR BAHRU – “Minta
bantuan orang ramai, anak saudara saya lari dari rumah sejak semalam bersama
seorang lelaki Bangladesh. Jika ternampak beliau, sila hubungi saya
017-6334861,” demikian rintihan ibu saudara gadis berkenaan.
Bapanya, Noorhan Adam, 40,
hanya mengetahui tentang kehilangan anak daranya, Nur Atikah Noorhan,19, setelah
dimaklumkan oleh adik iparnya.
“Adik ipar menghubungi
saya pada jam 11.30 pagi pada 25 Januari 2016 tentang kehilangan anak gadis yang
dipercayai telah lari dari rumah di Felda Ulu Tebrau, Tiram, Johor, mengikut
rakan lelakinya, Arif atau Daus Hosin, warganegara Bangladesh.
“Mereka dipercayai telah
lari ke Thailand. Saya cuba menghubungi nombor telefon anak saya tetapi gagal.
Saya juga cuba mencarinya di sekitar kawasan rumah juga gagal,”
katanya.
Menurut Noorhan, lelaki
Bangladesh itu pernah datang ke rumahnya dan menyampaikan hasrat untuk berkahwin
dengan Nur Atikah. Bagaimanapun, Noorhan tidak bersetuju.
“Saya syak anak saya telah
lari bersama lelaki itu ke Thailand untuk berkahwin . Sehingga kini anak saya
belum pulang ke rumah dan tidak dapat dikesan,” katanya.
Justeru, Noorhan meminta
bantuan pihak berkuasa mengesan dan menyekat anaknya daripada menyeberangi
sempadan negara.
0 Response to "TIDAK DIRESTUI, REMAJA 19 TAHUN LARI BERSAMA LELAKI BANGLADESH"
Post a Comment