"MAAF SAYA SIBUK, SAYA TAK MAHU KOMEN PERKARA INI" - UQASHA SENROSE ELAK KOMEN ISU SEKSI


Aktres Uqasha Senrose tidak mahu memberi sebarang komen berhubung kontroversi gara-gara dakwaan tidak bertudung dan berpenampilan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand bersama pelakon, Iqram Dinzly.


Sudah seminggu isu gambar percutian mereka itu tersebar, pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 25, ini bagaimanapun berkata dia lebih selesa berdiam diri

“Maaf, saya sibuk dengan pelbagai urusan. Saya tak mahu komen perkara ini,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro

Uqasha yang dipercayai menjalin hubungan dengan Iqram sejak pertengahan tahun lalu.

Sejak kes berkenaan kecoh, hanya Iqram yang tampil bersuara beberapa hari lalu apabila dia dilaporkan enggan mengulas lanjut isu gambar percutian berkenaan.

Iqram turut menegaskan sama ada sahih atau tidak gambar itu, sesama manusia harus menutup aib sendiri dan hanya Allah berhak menghukum seseorang.

Terdahulu, gosip hubungan pasangan itu mencuri tumpuan ramai namun kedua-duannya menafikan perkara terbabit.

Uqasha sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon, Pekin Ibrahim namun hubungan itu terputus di tengah jalan dan tidak lama kemudian bercinta pula dengan pelakon, Syafiq Kyle.

Pada sekitar Ogos tahun lalu, Uqasha menjadi bualan forum di Internet kononnya dia ke kelab malam bersama rakan-rakannya dan dipercayai tidak bertudung. Sebaliknya, pelakon itu hanya memakai topi bagi mengelakkan orang ramai mengenalinya.

Dalam kenyataannya, aktres itu menegaskan ia khabar angin yang tidak masuk akal kerana dia tidak pernah ke kelab malam.

0 Response to ""MAAF SAYA SIBUK, SAYA TAK MAHU KOMEN PERKARA INI" - UQASHA SENROSE ELAK KOMEN ISU SEKSI"

Post a Comment