KUALA
LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mat Sabu yang berhadapan tuntutan
muflis melabelkan masyarakat Melayu kumpulan pertengahan sebagai bodoh, bangang
dan bahalol kerana masih menyokong Barisan Nasional (BN).
Beliau yang
berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina
di Sungai Petani memuji sokongan masyarakat Cina dan India menyokong
pembangkang.
“Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya
sokongan kepada kita sebanyak 52 peratus kerana undi orang Tionghua dan orang
India. Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.
“Orang Melayu
kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia?
Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” katanya lapor Utusan Malaysia
Beliau
kemudiannya mahukan rakyat menjadikan negara Asia lain menggulingkan kerajaan
menggunakan demonstrasi jalanan sebagai contoh.
“Di Filipina rakyat
berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia, para pelajar berdemonstrasi
sehingga mati enam orang tetapi akhirnya menjatuhkan Suharto dan memulakan era
demokrasi.
“Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck
Shinawatra sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. Rakyat Malaysia
bila? Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh, bangang,
bahalol,” katanya.
Tegas bekas Timbalan Presiden PAS itu, Biro Tatanegara
dan pasukan polis Cawangan Khas (SB) kerap kali meracuni pemikiran rakyat dengan
mendakwa masyarakat Cina akan mentadbir negara sekiranya BN kalah Pilihan
Raya.
“Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN
atau pakatan pembangkang. Tak boleh mereka memerintah sendirian,”
katanya.
“...SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed
Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,”
ujarnya.
0 Response to "Melayu Kenapa Bodoh, Bangang, Bahalol? Soal Mat Sabu"
Post a Comment