
Mencuci muka setiap pagi
dan malam menjadi rutin asas penjagaan kulit.
Namun, jika anda
melakukannya semasa mandi di bawah pancuran air, apatah lagi airnya panas, anda
silap.
Ramai yang fikir mencuci
muka dengan mendongak di bawah pancuran air dapat membersihkan kulit dengan
pantas.
Sebaliknya suhu dan
tekanan aliran air itu sebenarnya merosakkan kulit anda, kata pakar jagaan kulit
Kaye Scott kepada Daily Mail.
“Ramai sekali membersih
muka ketika mandi di pancuran, pada suhu air dan tekanan yang sama ketika mandi
badan. Cara ini tidak betul.
“Pancuran air panas boleh
merosakkan jaringan kapilari darah yang rapuh di pipi, menyebabkannya kelihatan
tidak menarik, menonjolkan jaringan kapilari dan merosakkan kulit,” kata Scott,
pengasas dan pengarah The Clinic di Sydney.
Walaupun berdiri bawah
pancuran air panas sangat menenangkan, ia boleh merosakkan dan mengeringkan
kulit selain mengembangkan serabut darah — menyebabkan muka kelihatan
kemerah-merahan.
“Cara paling baik agar
muka kekal cantik, mencuci dan merendamnya di sinki bilik mandi, tapi pastikan
airnya suam-suam sahaja, bukan panas,” katanya.
Apabila anda membasuh muka
di sinki anda menampung air dengan tangan, bermakna anda kurang menggunakan air
dan ia juga boleh menyejukkan kulit.
Lagi pula, teknik
membersih muka begini menggalakkan anda menggunakan air paip yang lebih sejuk
sekali gus dapat membantu menutup liang roma dan meningkatkan peredaran
darah.
- See more at:
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/nak-muka-cantik-jangan-basuh-masa-mandi-elak-air-panas#sthash.KARMIPU7.dpuf
0 Response to "NAK MUKA CANTIK? TAK PERLU PRODUK MAHAL PUN, BACA TIPS INI"
Post a Comment