
SETIAP manusia
ada rahsia yang tidak dapat dibongkar oleh sesiapa kan kan. Namun ada rahsia
perlu diberitahu dan juga ada rahsia yang tidak patut diberitahu kepada umum.
Nak tahu apa 3 perkara harus dirahsiakan pada orang ramai. Baca artikel
malaysiaviralstory sediakan dibawah tanpa was-was.
Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A’dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.
Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A’dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.
Pertama:
Rahsiakan Umurmu. Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan
memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua
daripada kita.
Kedua:
Rahsiakan tentang hal ehwal keluarga kita. Ini kerana jika keluarga kita bahagia
mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia
maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak
sepatutnya.
Ketiga:
Rahsiakan tentang HARTA kita. Ini akan mengundang hasad dan iri daripada orang
yang mengetahui kedudukan harta kita.
Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.
Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.
Tetapi umat mutaakhir ini
sudah jauh daripada mengikuti akhlaknya Solihin terdahulu. Kesemua perkara nak
diceritakan kepada orang ramai.
Pendapatan kita nak
dikhabarkan kepada orang ramai atas nama startegi pemasaran. Maka kita lebih
mengikuti hak pemasaran daripada mengikuti akhlak kekasih Allah taala.
Dibimbangi, jika kita menyalahi akhlaknya para solihin terdahulu. Maka akan
hilang berkat dan kebaikannya.
P/S: Semoga kita semua
diberikan kebaikan dan keberkatan di dalam hidup kita.
0 Response to "KETAHUI 3 PERKARA YANG HARUS DIRAHSIAKAN KEPADA ORANG RAMAI"
Post a Comment