Projek 'seks RM20' kantoi

Antara wanita warga asing yang ditahan.
KLANG - Aktiviti seks dengan harga serendah RM20 dibongkar dalam serbuan di Jalan Goh Huat, dekat sini, Ahad lalu.

Serbuan pada jam 9 pagi diketuai Inspektor Mohd Anuar Ibrahim dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Klang Utara, dijalankan hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, serbuan Ops Noda ini menahan tujuh wanita warga asing.

Menurutnya, enam adalah warga India dan seorang lagi warga Indonesia berusia 24 hingga 47 tahun.

“Dengan tangkapan ini, polis membongkar aktiviti tidak bermoral di kawasan tersebut dengan menawarkan aktiviti seks kepada warga asing serendah RM20 hingga RM120.

“Pelanggan yang bersetuju dengan harga akan dibawa ke bilik di bangunan lama untuk aktiviti seks. Malah, kita juga percaya aktiviti ini dikawal sindiket tertentu melibatkan warga asing,” katanya.

Beliau berkata, polis merampas beberapa keping kondom, wang tunai, dompet dan beg tangan wanita serta sekeping kad pengenalan Malaysia palsu.

Katanya, susulan operasi itu, pihaknya menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti tidak bermoral khusus di daerah Klang Utara.

0 Response to "Projek 'seks RM20' kantoi"

Post a Comment