Remaja perempuan enggan layan pujukan seks ditembak


NEW DELHI: Polis India menahan dua lelaki hari ini kerana menembak mati seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang enggan menunaikan kehendak mereka, dalam siri terbaharu kes keganasan seks.

Dua lelaki terbabit menunggang motosikal yang selama ini mencabul mangsa dan kakak mangsa secara lisan ketika mereka balik bekerja sebagai orang gaji di utara negeri Uttar Pradesh pada Isnin, menurut polis.

"Mangsa meminta lelaki terbabit berhenti mengganggu mereka tetapi mereka enggan, menyebabkan seorang daripada suspek menembak mangsa," kata pegawai polis kanan daerah Sitapur, Rahul Mithas.

Katanya, kedua-dua suspek melarikan diri tetapi berjaya ditahan selepas kakak mangsa memperincikan rupa mereka. Menurut media tempatan, adik beradik perempuan itu pernah melaporkan sering diintai lelaki terbabit sebelum insiden tembakan kelmarin, namun tiada tindakan diambil. - AFP

0 Response to "Remaja perempuan enggan layan pujukan seks ditembak"

Post a Comment