Penolong kapten Manchester United (MU), Michael Carrick memuji pemain bola sepak
Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang menjaringkan gol 'ajaib' menerusi sepakan
percuma dalam perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya, Georgetown,
Selasa lalu.
"Faiz Subri menjaringkan satu gol yang paling cantik pernah anda lihat," katanya menerusi status di akaun Twitter miliknya menggunakan nama Carrick Role.
Carrick yang juga pemain tengah pasukan England turut memuat naik klip video aksi Faiz yang melakukan sepakan percuma itu.
Sementara itu, status yang dimuat naik Carrick turut mencuri perhatian pengguna Twitter yang rata-ratanya memuji kehebatan Mohd Faiz.
Pengguna Twitter dengan nama Chiq memaklumkan dia teruja menyaksikan jaringan gol oleh pemain bola sepak Pulau Pinang itu.
"Tabik!" katanya menerusi Twitter.

Seorang lagi pengguna Twitter dengan nama LetTheLordBeWithYou memaklumkan
dia seperti tidak percaya dengan kehebatan ditunjukkan Mohd Faiz ketika
menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam perlawanan itu.
"Ya, Tuhan, adakah ini betul? Hanya daripada sepakan percuma?" katanya.
Menerusi perlawanan Liga Super 2016 itu, jaringan cantik hasil sepakan percuma itu turut mencuri tumpuan dunia termasuk media antarabangsa.
Menurut portal berita The Independent, kemungkinan gol itu dijangka memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 sebagai ‘Goal of the Year‘.
Pada perlawanan malam Selasa lalu, skuad Harimau Kumbang menundukkan pelawat Tok Gajah dengan jaringan 4-1.
Sumber: Harian Metro

0 Response to "Selepas Roberto Carlos & Cristiano Ronaldo, kini giliran Michael Carrick pula beri komen 'PANAS' di Twitter mengenai freekick ajaib Faiz Subri yang pasti mengejutkan Messi"
Post a Comment