
Pada 6hb Februari 2016, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, telah berangkat ke Kampung Lepau di Kota Tinggi dalam satu kunjungan spontan.
Baginda berangkat tiba menunggang motosikal
tanpa sebarang pengumuman awal serta berhenti di beberapa rumah-rumah penduduk
kampung selain kedai runcit di situ.
Oleh kerana sudah biasa dengan situasi
sebegitu, penduduk kampung tidak langsung merasa terganggu.
Tuanku Sultan telah, sebelum itu, cuti hujung minggu di Sebana Cove yang tenang dan damai, dan bila saja Baginda di sana, Baginda akan meluangkan masa untuk singgah di Kg Lepau.
“Saya suka melawat ke kampung-kampung dan berbual bersama orang-orang kampung dengan secara santai, tanpa tatacara istiadat yang ada ketika kunjungan rasmi.
Ia juga memberikan saya pandangan secara
sepintas lalu kepada gaya kehidupan harian mereka dan saya mendapat tahu
mengenai banyak perkara dengan cari ini," titah Tuanku Sultan.
0 Response to "TERBAIK!! SULTAN JOHOR LAWAT RAKYAT DENGAN GAYA SEMPOI"
Post a Comment