SEORANG warga emas yang muncul dalam satu program TV memaparkan dirinya dan anak sedang menari kini menjadi viral kerana kecantikan yang dimilikinya
Ini kerana dirinya tampak seperti wanita yang
berumur 20 tahun tapi hakikatnya dia adalah seorang nenek yang sudah mejangkau
usia separuh abad.
Faktor usia dan kecantikan adalah sesuatu yang
sangat dititikberatkan oleh kaum wanita. Ramai tercari-cari rahsia untuk
mengekalkan kecantikan dan awet muda menerusi pelbagai ubat-ubatan, pembedahan
kosmetik dan seumpamanya.
Hal ini berbeza Madam Qin Ling yang sudah berusia
50 tahun dan berasal dari Chongqing, China.
Menurut asiaone.com petua kecantikan yang
diamalkan oleh Madam Qin Ling hingga berjaya
memperlahankan proses penuaannya adalah
mengamalkan senaman seperti olahraga dan berhenti makan apabila perut mula
merasa 80 peratus penuh.
Selain itu, dia turut mengamalkan tidur tanpa
berpakaian sekali seminggu, mandi air panas dan memakai topeng muka buatan
sendiri yang diperbuat daripada timun, yogurt, madu dan serbuk mutiara.
0 Response to "Tidur Tanpa Pakaian Rahsia Nenek Persis 20 Tahun"
Post a Comment