Seorang rakan
bertanya saya nasihat saya untuk membeli rumah untuk didiami pada zaman gawat
sebegini. Ini respon saya:
1. Beli rumah subsale, yakni rumah "2nd hand " dan bukan rumah under construction. Lepas selesai urusan jual-beli boleh terus tinggal.
2. Beli di bawah market value. Sekarang banyak
pemilik rumah yang nak jual rumah di bawah harga market rentetan kegawatan
ekonomi. Masa beli sudah untung, dpat harga diskaun.
3. Rumah di dalam pembinaan? Lebih baik jangan.
Dibimbangi ia terbengkalai.
4. Maksimakan pembiayaan bank dan tempoh
pembiayaan, supaya dapat minimakan pembayaran bulanan. Cashflow bulanan
stabil.
5. Pilih bank yang berikan harga yang tinggi
supaya dapat maksimakan pembiayaan sekaligus dapat minimakan wang keluar.
Apabila beli rumah yang di bawah market value, banyak kos dapat
dikurangkan.
6. Beli rumah yang installment lebih kurang
sewa bulanan. Kalau installment lebih tinggi daripada sewa, lebih baik
sewa.
7. Menyewa atau membeli rumah yang mahal
sedikit tapi dekat dengan tempat kerja atau pengangkutan awam, MUNGKIN lebih
baik daripada membeli rumah yang murah tapi jauh dari tempat kerja kerana kos
ulang-alik dari rumah ke tempat kerja mungkin boleh menampung kos menyewa atau
membeli rumah yang dekat dengan tempat kerja. Kos termasuk masa, selain kos
petrol, tol, maintenance dan sebagainya.
Senarai tips diatas adalah perkongsian dari
saudara Afyan Mat
Rawi yang dinukilkan oleh beliau di laman Facebook.
0 Response to "Wajib Tahu: 7 Tips Bagaimana Nak Beli Rumah Ketika Gawat"
Post a Comment