Warga Asing Buat Onar Raba Bini Orang



PENDEDAHAN vokalis kumpulan Genji Buskers, Mustam Mustapa menjadi viral menerusi laman sosial ekoran perkongsian beliau mengenai isterinya pernah diraba oleh warga asing di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota. 

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 9 malam itu di pusat beli-belah terkenal Sogo di ibu negara ketika dia dan isteri sedang membuat persiapan untuk mengadakan persembahan hiburan jalanan atau busking. 

Belum pun reda dengan isu kemasukkan pekerja warga asing, insiden isteri dicabul oleh orang luar mencetuskan persoalanan, adakah kemasukkan ‘mereka’ itu nanti akan beri impak positif atau negatif kepada rakyat negara ini. 


Berang selepas isteri dicabul dan diraba oleh warga asing, vokalis Genji Buskers itu tampil membuat pesanan kepada semua rakyat jelata dan juga pimpinan tertinggi. 

Ramai yang bersimpati ke atas apa yang berlaku terhadap isterinya. Kisahnya mempertahankan isteri tersayang telah dikongsi lebih 30,000 netizen, di samping turut meluahkan rasa simpati kepada beliau dan isteri. 


Isterinya kini dilaporkan trauma dengan kejadian yang berlaku. Mustam turut menyatakan bahawa keadaan kesihatan isterinya turut terjejas ekoran daripada peristiwa malang itu. 

Berikutan kejadian tersebut Mustam selaku vokalis kumpulan tersebut yang juga suami kepada mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi dekat pusat beli-belah tersebut. 

Semoga dia dan isteri tabah menghadapi dugaan ini. Bagi warga Malaysia pula jadikan kes ini sebagai langkah untuk sama-sama berhati-hati dengan persekitaran dan keadaan sekeliling terutama sekali kaum Hawa. 

Video ini bukan sengaja untuk menimbulkan masalah tetapi sebaliknya untuk peringatan warga Malaysia juga. 

0 Response to "Warga Asing Buat Onar Raba Bini Orang"

Post a Comment