Ramai berpendapat
bahawa kewujudan ikan duyung hanyalah mitos semata-mata. Namun, jika ia
benar-benar wujud, adakah ikan duyung seperti yang kita lihat di rancangan
Disneyland atau dalam filem-filem tertentu itu kelihatan persis seperti manusia?
Namun, pasti anda semua tidak terfikir ada manusia biasa yang menjalani
kehidupan seperti ikan duyung.
Dilengkapi dengan
pakaian atau kostum ikan duyung dan juga pandai dan fasih berinteraksi dengan
haiwan-haiwan di laut. Beliau dikenali sebagai “ Real-Life Mermaid Melissa” .
Gadis yang berasal dari Amerika Syarikat itu merupakan Little
Mermaid versi kehidupan realiti dimana beliau merupakan ikan duyung yang
hidup dengan setengah dari tubuh manusia, setengah pula ikan, cantik, berambut
panjang dan juga baik hati.
Mermaid Melissa
sangat obsess dengan ikan duyung sehingga dia sentiasa memakai kostum dan
berenang ke dasar lautan. Sudah menjadi kehidupan sebenar beliau menghadirkan
diri sebagai ikan duyung dalam kehidupan nyata dan beliau beranggapan itu sudah
merupakan takdirnya.
Melissa yang juga
bekerja sebagai penyelam professional ikan duyung sangat mencintai kariernya dan
dengan tekun beliau berlatih menahan nafas sehingga 5 minit tanpa bernafas dalam
air. Menurut Melissa, sejak kecil lagi beliau sudah mencintai laut dan olahraga
air, bahkan beliau sentiasa hadir di satu tempat rekreasi untuk berenang bersama
dengan ikan lumba-lumba. Sudah menjadi perkara biasa baginya dalam mensesuaikan
diri dengan kehidupan dalam air.
Cinta saya kepada
haiwan dalam air dan ingin melindungi lautan adalah penyebab utama hadirnya diri
saya sebagai ikan duyung manusia.” Kata Melissa.
0 Response to "WOW ! “Mermaid Melissa”, Simbol Manusia Ikan Duyung"
Post a Comment