Seorang pelajar tingkatan
dua yang sebelum ini menyuarakan keengganannya ke sekolah pada sesi petang
kerana adik-beradiknya yang lain bersekolah pagi, ditemui mati tergantung di
tingkap bilik di rumahnya di Desa Pujut, di sini, semalam.
Alexander Ajang, 14, yang
juga anak kedua daripada empat beradik itu ditemui tergantung dengan leher
dijerut tuala dan baju yang diikat pada jeriji tingkap oleh bapanya, jam 12
tengah hari.
Ibu saudara mangsa,
Roselind, 32, berkata, kematian mangsa amat mengejutkan kerana sejam sebelum
kejadian, dia bersikap seperti biasa ketika membuka pintu rumah untuk bapanya
berusia 40-an yang pulang untuk menghantarnya ke sekolah.
Sebaik bapanya yang juga
abang saya tiba di rumah, dia berehat di rumah tamu dan menyuruh anaknya itu
mandi serta memakai seragam untuk ke sekolah.
Tapi, selepas setengah jam
dia masih tidak keluar dari bilik biarpun ayahnya memanggil namanya beberapa
kali. Sebaik pintu bilik dibuka, ayahnya terkejut melihat dia tergantung di
tingkap bilik dan sudah tidak bernyawa, katanya ketika ditemui,
semalam.
Menurut wanita itu, sehari
sebelum kejadian, mangsa memberitahu tidak mahu ke sekolah kerana abang serta
adik-beradiknya yang lain bersekolah sesi pagi dan hanya dia pada sesi
petang.
Bagaimanapun, semua ahli
keluarga lain tidak mengendahkan kata-katanya kerana menganggap itu perkara
biasa saja. Kami tidak menyangka dia akan mengambil tindakan drastik seperti
ini, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan
kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah
siasat.
0 Response to "GEMPAR!! PELAJAR TINGKATAN DUA INI GANTUNG DIRI HANYA KERANA ENGGAN KE SEKOLAH SESI PETANG"
Post a Comment