ALKISAHYA seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Abd. Rahim Zakaria, 65, dahulunya merupakan seorang yang pernah disanjungi dan hidup serba mewah.
Dia pernah menjawat
sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat terkenal di Petaling Jaya, Selangor
dan merupakan seorang yang begitu berpengaruh sewaktu ‘era’ nya sedang memuncak
naik.
Namun, keadaannya kini
berubah tidak lagi seperti dahulu daripada seorang yang berjawatan sehingga
pernah dianugerahkan pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat pada 2012.
Kini dia hanyalah seorang
lelaki yang sudah hilang segala-galanya. Kehidupan Abd. Rahim berubah ‘360
darjah’ apabila dia disahkan menghidap penyakit parkinson dan kanser
darah.
Lebih malang lagi dia
dipulaukan oleh isterinya sendiri selepas mereka bercerai.
Abd. Rahim hidup merempat
sebatang kara di sebuah surau dekat pangsapuri Templer, Petaling Jaya, selepas
dihalau tuan rumah sewanya.
Ternyata, dia mungkin
tidak pernah menyangka hidupnya berakhir dalam situasi yang amat
menyedihkan..
“Dalam keadaan
saya yang sakit dan tidak sihat ini, terpaksa merempat dan tinggal di surau
sebab tidak mempunyai tempat tinggal.
“Masa sihat, saya
disanjung dan dihormati. Tetapi bila sakit, semuanya hilang. Rakan-rakan juga
hilang kecuali mereka yang senasib dengan saya,” ujarnya yang
dilaporkan sebuah portal tempatan.
Mujurlah Abd. Rahim
mempunyai seorang anak angkat, Mohd. Rafi Karim, 30, yang sanggup menjaga dan
menguruskan segala urusan ubat-ubatan setiap hari.
Namun apa yang
menyedihkan, Rafi dan keluarganya juga merupakan seorang yang miskin,
menyebabkan dia bersama ayah angkatnya itu pada minggu lepas telah dihalau oleh
pemilik rumah sewa.
“Saya bersama
isteri dan anak berusia tiga tahun terpaksa keluar apabila tuan rumah tidak
benarkan kami tinggal di situ lagi.
“Sudah seminggu
saya cari rumah, tapi sampai sekarang tiada siapa sudi beri bantuan. Penat lelah
saya panjat tangga Majlis Perbandaran Selayang dan pejabat kerajaan negeri
setiap hari untuk dapatkan rumah PPRT masih tak hilang.
“Setiap hari saya
keluar cari rumah tapi tak jumpa. Kalau ada pun tuan rumah minta bayaran
pendahuluan hampir RM1,000. Mana saya ada duit sebanyak itu. Kerja pun dah tiga
hari tak pergi sebab sibuk cari rumah,” katanya.
Mohd. Rafi bekerja sebagai
pencari besi buruk dan gajinya bergantung kepada berapa hasil yang diperoleh
setiap hari, manakala isterinya pula tidak bekerja kerana terpaksa menjaga
anak.
Pengerusi Surau Pangsapuri
Templer yang sekarang mereka duduki, Zulkifli Ismail berkata pihaknya hanya
boleh bantu setakat mana yang boleh.
Tambahnya, keluarga
berkenaan tidak tahu lagi ke mana arah hendak di tuju, pelbagai aduan dan
permohonan telah diadukan tetapi masih tiada jawapan.
“Pihak JKM juga telah
maklum mengenai perkara ini, namun menurut pegawai yang datang melawat, mereka
juga tidak dapat menempatkan kesemua keluarga ini di JKM berikutan tiada tempat
sesuai.
Alasan pihak JKM yang
mengeluarkan jawapan aneh “tiada tempat sesuai” seperti di atas sebenarnya
langsung tidak boleh diterima kami dan tidak masuk dek akal.
Kami tertanya-tanya apakah
fungsi sebenar Jabatan Kebajikan Masyarakat diwujudkan sekiranya masalah seperti
yang dilanda oleh keluarga ini seakan begitu sukar hendak
diselesaikan?
Juga lebih hairan, apakah
gunanya zakat dikutip setiap tahun jutaan ringgit namun masih tidak dapat
membantu golongan yang benar-benar memerlukan bantuan seperti ini?
Kita sudah berada di tahun
2016 dan bukan lagi ditahun 1950-an.
0 Response to ""MASA SENANG DISANJUNG, BILA SAKIT SEMUA HILANG" - KISAH SAYU LELAKI INI YANG MEREMPAT DISURAU"
Post a Comment