SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki bertatu di bahagian belakang dan lengan mengheret seorang wanita dari lif ke apartment menjadi viral di negara jiran.
Dalam video berkenaan, lelaki itu dilihat menarik mangsa yang hanya bertuala dengan kasar. Apabila wanita tersebut bertindak melawan dengan menendangnya, dia diheret dengan pergelangan kaki.
Lelaki berkenaan turut
bertindak menarik rambut dan cuba menghentakkan kepala mangsa ke dinding koridor
apabila dia terus melawan.Menurut laporan The Straits Times, seorang
lelaki berumur 43 tahun dan wanita berusia 37 ditahan di premis berkenaan
setelah polis yang datang membuat penyiasatan, menemui dadah dalam unit apartmen
mereka.
Pihak polis dalam
kenyataannya berkata, mereka menerima satu panggilan meminta bantuan di sebuah
unit kediaman sekitar Rangoon Road, Singapura pada pukul 9 pagi pada 29
Februari, Isnin lepas.
Individu yang memuat naik
kejadian tersebut menerusi laman Facebooknya mendakwa pihak polis
meminta video tersebut dikongsi dan mereka yang mempunyai maklumat lanjut boleh
memberikannya di bahagian komen.
Difahamkan pihak polis
masih menjalankan siasatan berkaitan kejadian berkenaan.
0 Response to "VIRAL!! VIDEO RAKAMAN WANITA B0GEL DITARIK DARI LIF KE RUMAH"
Post a Comment