
Sebuah bandar peranginan di Mexico City
mempunyai cara tersendiri untuk ‘menjinakkan’ penjenayah menerusi pengenalan
sebuah unit polis yang dianggotai gadis jelita dalam lingkungan umur 18 hingga
28 tahun.
Briged Bantuan Pelancong yang dianggotai 42
anggota polis wanita, diwujudkan di Acapulco pada Oktober tahun lalu dengan
tugas mengawal lalu lintas, meronda di kawasan pantai serta menahan penjenayah
sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa.
Menurut Mail Online, polis-polis wanita itu
menerima gaji 8,000 peso (RM1,857) sebulan.
Selain itu, polis-polis jelita tersebut turut
berperanan sebagai polis pelancong sekali gus menjadi daya tarikan baharu kepada
pengunjung dalam dan luar negara ke bandar berkenaan.
Sebelum memulakan tugas pada pukul 7 pagi
setiap hari, mereka itu perlu mengenakan solekan termasuk lipstik berwarna merah
jambu, memakai berseluar pendek Bermuda, dan baju-T polo biru.
Ketua Polis Acapulco, Manuel Flores berkata,
kriteria untuk menganggotai pasukan itu mudah sahaja iaitu setiap calon mestilah
terdiri daripada perempuan muda yang cantik.
“Anda tidak akan percaya bagaimana seorang
pemandu yang ganas boleh ‘dijinakkan’ selepas ditahan oleh anggota polis yang
cantik ini,” katanya yang bertanggungjawab menubuhkan pasukan tersebut.
0 Response to "Guna Polis Cantik Sebagai Penjinak"
Post a Comment