BEIJING, 3 Mac — Di
kawasan pedalaman China sekarang, orang bujang yang sudah meninggal dunia pun
boleh mendapat jodoh dengan munculnya kembali satu adat yang aneh.
Masyarakat Cina pada satu
ketika dulu mengamalkan adat yang dikenali sebagai "perkahwinan dengan mayat"
yang mana melibatkan lelaki bujang yang meninggal dunia dikahwinkan dengan mayat
seorang perempuan.
Adat ini kemudiannya
diharamkan selepas pembentukan Republik Rakyat China pada tahun
1949.
Bagaimanapun, apabila
berlaku kecurian mayat yang berterusan di wilayah desa Shanxi, ianya sebagai
tanda adat usang 'perkahwinan dengan mayat' kembali diamalkan.
Pada 23 Feb, Agensi Berita
Xinhua melaporkan bahawa daerah Hongtong di selatan menyaksikan
sekurang-kurangnya 36 kecurian mayat perempuan dalam tempoh tiga tahun
lepas.
Menurut Xinhua, dalam
upacara perkahwinan dengan mayat ini, rangka perempuan akan diikat dengan wayar
keluli dan diberi pakaian sebelum ditanam bersama lelaki bujang yang sudah mati
sebagai "pengantin perempuannya".
Ramai penduduk kampung
percaya sekiranya anggota keluarga lelaki meninggal dunia sebelum berkahwin,
mereka perlu mencarikannya pasangan untuk menjadi teman hidup mereka di dunia
lain.
Terdapat banyak lagi sebab
untuk perkara ini. Tambahan, mereka percaya kegagalan untuk mencari pasangan
untuk ditanam bersama saudara lelaki bujang yang mati akan membawa nasib malang
kepada kehidupan mereka.
Permintaan meningkatkan
harga mayat sehingga 100,000 yuan
Secara jujurnya saya
terkejut apabila mendengar adat seperti ini masih diamalkan di China, negara
yang mempunyai 1.4 bilion penduduk dan sebuah negara yang sedang pesat
membangun.
Upacara perkahwinan dengan
mayat diamalkan sepanjang era feudal China dan terutamanya popular pada kurun
ke-10 sewaktu Dinasti Song.
Selepas adat ini
diharamkan, masyarakat desa China masih meneruskan adat ini dengan menggunakan
gambar atau patung yang dibuat daripada kertas atau doh.
Menurut Xinhua, apabila
penduduk China semakin mewah, amalan menggunakan mayat yang sebenar muncul
kembali di sesetengah kawasan desa wilayah Shanxi, wilayah utara Henan dan
wilayah Shaanxi.
Xinhua juga memetik
timbalan pengarah Persatuan Sastera Rakyat dan Kesenian, Chang Sixin sebagai
menyatakan, terdapat juga ejen serta syarikat mencari jodoh untuk mencarikan
pasangan "mayat perempuan" bagi lelaki bujang yang meninggal
dunia.
Undang-undang gagal
menyekat pencuri mayat
Menurut undang-undang
jenayah China, mereka yang mencuri atau merosakkan mayat boleh dipenjara tiga
tahun.
Hukuman yang ringan ini
menyebabkan pencuri mayat masih meneruskan perniagaan yang menyeramkan
ini.
Mereka yang terdesak untuk
mencari mayat boleh membelanjakan sehingga 100,000 yuan (kira-kira RM64,300)
untuk mendapatkan mayat perempuan yang baru meninggal dunia sedangkan mayat
sudah berdekad dikuburkan boleh dibeli dengan harga sekitar 5,000 yuan
(RM3,200).
Mencuri mayat bukan
sesuatu yang baru di China dan perkara ini telah berlaku bertahun-tahun lamanya
dan kebiasaannya bermusim, bergantung kepada permintaan.
Xinhua melaporkan
perbuatan pencuri mayat itu telah menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk
kampung berhampiran.
Di kampung Shengou, ada
keluarga yang mula memindahkan kubur saudara-mara mereka yang terletak di
kawasan pergunungan ke tempat yang hampir dengan rumah mereka.
Malahan ada yang mengupah
orang untuk menjaga kubur keluarga mereka, memperkukuhkan kubur dengan memasang
keluli serta meletakkan kamera di atas kubur.
Jadi bahan novel dan
filem
Adat China yang pelik ini
juga memberi ilham untuk penghasilan cerita fiksyen termasuk novel Yangsze Choo,
'The Ghost Bride', berlatar belakangkan zaman penjajahan di Malaya pada abad
ke-19.
Kisah ini adalah mengenai
seorang wanita muda yang menerima lamaran daripada sebuah keluarga berada di
Melaka untuk mengahwini anak lelaki mereka yang sudah meninggal
dunia.
Satu lagi kisah yang
mendapat inspirasi daripada perkahwinan dengan mayat ini ialah cerita animasi
'Corpse Bride', kisah seorang pemuda yang secara tidak sengaja berkahwin dengan
mayat apabila berlaku kesilapan semasa latihan majlis
perkahwinan.
- See more at:
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/di-china-perkahwinan-dengan-mayat-kembali-diamalkan#sthash.JslNOKqt.dpuf
0 Response to ""ORANG BUJANG YANG SUDAH MATI PUN BOLEH DAPAT JODOH", INI KISAHNYA"
Post a Comment