Ketua Menteri Karnataka Siddaramiah menyerahkan
jam tangan mewah Hublot berharga 70 lakh rupee (kira-kira RM466,666) kepada
kerajaan negeri berikutan dakwaan bahawa ia adalah jam tangan yang dicuri.
Selepas kecewa dengan dakwaan itu, ahli politik
dari Parti Kongres itu menyerahkan jam tangan dan dokumen kepada speaker semasa
persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Siddaramiah menegaskan bahawa jam tangan itu
adalah hadiah daripada rakannya, seorang doktor yang berpusat di Dubai dan akan
mengisytiharkannya harta negeri dan membayar duti kastam untuknya.
Semalam, ahli politik veteran itu dipanggil
oleh presiden parti Sonia Gandhi ke Delhi untuk memberi penjelasan berhubung isu
itu.
Media tempatan membangkitkan isu itu selepas
seorang doktor mendakwa bahawa tiga daripada jam tangan mewahnya hilang dan
bahawa polis gagal untuk bertindak terhadap laporannya.
Bekas Ketua Menteri Jagadish Shettar mendakwa
bahawa polis telah menemui sebuah daripada jam tangan tersebut dan seorang
pegawai kanan polis kemudian menyerahkannya kepada Siddaramiah untuk mendapat
perhatiannya.
Siddaramiah juga cuba menangani protes BJP
dengan menyatakan bahawa Perdana Menteri Narendra Modi telah memakai pakaian
mahal bernilai 10 lakh rupee (kira-kira RM66,666) tahun lepas.
0 Response to "Pulang Semula Jam Tangan Mewah"
Post a Comment