[ Berita ] Pegawai Daerah Hilang Ditemui Mati Di Sungai


KUALA TERENGGANU – “Sepatutnya dua hari lepas dia sudah balik kampung tapi dia tangguhkan,” kata bapa kepada Penolong Kanan Pentadbir Tanah Wan Hariff Rafany Wan Muda yang ditemui mati di Sungai Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.



terengganu, berita, info, terkini, Pegawai Daerah Hilang Ditemui Mati Di Sungai, penplong kanan Pentadbir hilang



Wan Muda Wan Ibrahim, 64, berkata, anak kedua daripada lapan beradik itu sepatutnya pulang ke Besut Sabtu lepas, namun dia menangguhkan hasrat itu kerana hendak menghadiri kenduri di sini.


 


Katanya, kali terakhir beliau berjumpa anaknya yang bertugas di sini, beberapa hari sebelum arwah dilaporkan hilang.



    “Masa tu saya tengok dia macam biasa sahaja. Tak ada apa-apa perubahan pun baik dari segi sikap dan perwatakan.



    “Tak sangka itu kali terakhir saya berjumpa dengannya,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.



Beliau menyifatkan anaknya itu seorang yang pendiam namun mesra dengan adik-beradiknya yang lain.



Mayat Wan Hariff Rafany, 35, ditemui oleh sekumpulan remaja yang sedang memancing di sungai itu kira-kira pukul 10.30 pagi.



Allahyarham sebelum itu dilaporkan hilang dari rumah oleh isterinya kira-kira pukul 6 pagi Sabtu sebelum kereta Audi A4 milik mangsa dijumpai kira-kira 9.30 malam hari yang sama di hadapan loji air Syarikat Air Terengganu (Satu) di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu.



Mengulas lanjut mengenai peribadi anaknya yang telah berkhidmat di pejabat tanah daerah selama hampir sembilan tahun termasuk beberapa daerah lain, Wan Muda berkata, beliau yakin anaknya itu tidak bermusuh dengan sesiapa.



“Anak saya ini memang suka senyum tapi dia tak banyak cakap. Saya tahu kejadian ini pun selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya kira-kira 11 pagi tadi,” katanya yang redha dengan pemergian arwah.



Wan Hariff Rafany yang berasal dari Kampung Raja, Besut menetap di Kuala Ibai, di sini bersama isterinya, seorang guru di sebuah sekolah di Marang.



Arwah meninggalkan dua cahaya mata – Wan Iman Nasyriq, 4, dan Wan Nor Sofea Hanna, 6, di samping isteri.



Polis masih menunggu laporan bedah siasat. – Bernama



terengganu, berita, info, terkini, Pegawai Daerah Hilang Ditemui Mati Di Sungai, penplong kanan Pentadbir hilang



Kronologi Kematian Wan Hariff Rafany Wan Muda di Sungai Kampung Tajin Kuala Berang (ADO Kuala Terengganu)


  • 14 Februari 2014: Keluarga mangsa kepada Wan Hariff Rafany membuat laporan polis selepas mendapati Wan Hariff Rafany Wan Muda gagal dihubungi

  • 15 Februari 2014: Selepas siasatan dilakukan, berhampiran dengan Loji Air Syarikat Air Terengganu Berhad,  pihak polis telah terjumpa kereta Audi milik Wan Hariff Rafany

  • 17 Februari 2014: Orang awam telah terjumpa Mayat Wan Hariff Rafany di sungai Kampung Tajin Kuala Berang. 


Punca kematian masih misteri sehingga ke hari ini. Dan pihak polis terus melakukan siasatan…
        

Sumber : Berita Semasa

0 Response to "[ Berita ] Pegawai Daerah Hilang Ditemui Mati Di Sungai"

Post a Comment