Pada mulanya memang ramai yang memberi pendapat, kemungkinan memberi kebenaran seorang gadis berusia 12 tahun berkahwin dengan seorang lelaki 19 tahun adalah sesuatu yang sangat tak masuk akal. Kerana masing-masing terlalu mentah untuk berumahtangga. Secara tidak langsung, berita pencerian ini menyebabkan banyak pihak menyalahkan ibubapa kepada gadis bawah umur ini.
Memetik laporan daripada sebuah akhbar, akhirnya bapa Nor Fazira iaitu Saad Mustafa mendedahkan segala cerita di sebalik kemelut yang terjadi. Ianya amat mengejutkan rakyat Malaysia apabila Fazira dikahwinkan pada November tahun lalu kerana bekas suaminya itu bersama dua orang rakannya yang lain telah merogol anak gadis sunti Saad Mustafa, bulan May 2013 iaitu empat bulan sebelum tarikh pernikahan mereka.
Nor Fazira telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 15 Julai tahun lalu. Bapa Fazira juga menyatakan ibu bapa bekas suaminya itu sering ke rumah mereka dan merayu supaya menarik balik laporan polis tersebut kerana hukuman yang bakal di kenakan agak keterlaluan. Hingga akhirnya bapa Fazira membuat keputusan untuk membenarkan anak gadisnya di kahwinkan dengan Mohd Fahmi.
Sangkaan segalanya akan menjadi baik seperti sedia kala sebenarnya hanyalah mainan minda sahaja. Selepas mendapat kebenaran untuk di satukan oleh Mahkamah Syariah Kulim akhirnya mereka bersama.
Namun, cerita di antara mereka bukanlah ‘Happily ever after’ seperti kisah dongeng cinta yang ada di kaca televisyen. Fazira sering diberi layanan yang buru serta di tampar dan dipukul oleh keluarga mentuanya. Malah dia juga tidak di beri makan hingga menyebabkan bapanya terpaksa berulang alik dari Kulim ke Padang Serai untuk menghantar makanan.
Diharapkan kisah remaja ini menjadi tauladan kepada semua agar ianya tidak berulang kepada yang lain pula. Berikutan pengakuan dari ayah si Fazira ini, remaja lelaki berkenaan kini tampil membuat penafian akan tuduhan tersebut. Drama melayu bakal bermula dan kita nantikan apa sebenarnya yang berlaku.
Sumber: REMAJA
0 Response to "“Saya Kahwinkan Dia Kerana Dia Telah Dirogol Bakal Suami” – Bapa Fazira"
Post a Comment