Luar Biasa: Gadis Sikh Tak Mahu Lagi Cukur Jambang (5 Gambar)

BAYANGKAN anda seorang wanita yang ditumbuhi janggut dan jambang sama seperti lelaki.

Adakah anda mampu melalui ‘keanehan’ ini tanpa rasa malu seperti Harnaam Kaur, 23, yang berasal dari Slough, Berkhshire ini?


Dilahirkan normal, Kaur mula ditumbuhi jambang seawal usia 11 tahun lagi.


Mengakui pernah berasa tertekan akibat diejek rakan-rakan, dia mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan jambang tersebut termasuklah dengan mencabut dan melunturkan warnanya.

“Saya dibuli dengan teruk. Di sekolah, mereka memanggil saya ‘Si Jambang’ dan ‘pondan’,” katanya.

Bagaimanapun, selepas dibaptiskan sebagai Sikh pada usia 16 tahun, dia berhenti membuang jambang tersebut biarpun ia sudah mula merebak hingga ke dadanya.







Ini kerana, agama tersebut melarang mereka daripada mencabut atau memotong sebarang rambut yang terdapat pada tubuh.

“Saya tak akan lakukannya lagi kerana Tuhan sudah menciptakan saya sebegini. Saya rasa lebih feminim dan seksi sekarang.





“Saya cuba untuk mencintai diri saya dan tiada apa yang dapat menggoyahkan saya kini,” ujarnya.

Tambah Kaur lagi, abangnya merupakan penyokong utama keputusannya dan berkata dia tetap cantik dengan jambang tersebut.


Bagaimanapun, ia menimbulkan kebimbangan ibu-bapanya yang khuatir jika anak mereka tidak dapat berkahwin dan mendapat pekerjaan akibat jambangnya itu.





Dengan keyakinan itu, Kaur yang kini seorang pembantu pengajar di sebuah sekolah tidak lagi teragak-agak untuk melakukan aktiviti yang biasa dilakukan oleh gadis lain seperti membeli-belah dan bersiar-siar.



“Saya harap gadis lain di luar sana dapat menemui kekuatan seperti yang saya ada sekarang. Jalanilah hidup yang anda mahukan kerana ia milik anda,” katanya.


Oleh: ELZA

(Sumber: Daily Mail)

0 Response to "Luar Biasa: Gadis Sikh Tak Mahu Lagi Cukur Jambang (5 Gambar)"

Post a Comment