Penagih dadah yang cuba menyerang ibunya sendiri mengalami kecederaan yang teruk selepas tertoreh pisau semasa bergelut dengan adiknya yang bertindak cuba mempertahankan ibunya dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Padang Lalang, Felda Neram 1, Air Putih, Kemaman semalam.
Penganggur berusia 31 tahun itu dipercayai mengamuk setelah permintaannya untuk mendapatkan wang dari ibunya berjumlah RM13 tidak dipenuhi.
Melihat abangnya cuba memukul ibu, adik yang berusia 21 tahun yang juga seorang pelajar IPT Kuantan cuba melindungi ibunya.

Si abang yang dipercayai seorang penagih dadah mengalami kecederaan apabila terkena pisau yang dipegang oleh adiknya dan mengakibatkan pendarahan yang teruk seperti dalam gambar.
Lelaki berkenaan yang lemah dan longlai kemudiannya dikejarkan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Adik lelaki berkenaan juga ditahan pada jam 9 malam semalam bagi membantu siasatan dan polis juga menemui pisau kecil yang digunakan semasa pergelutan itu. SUMBER

0 Response to "3 GAMBAR NGERI PENAGIH DADAH CEDERA TERUK AKIBAT DITOREH ADIK SENDIRI YANG CUBA MELINDUNGI IBU"
Post a Comment