[ Hiburan ] Hanez Suraya saman pembantu peribadi kerana menghasut


Pelakon, Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari dengan Hanez Suraya menamakan pembantu peribadinya dalam saman yang difailkan di Makhkamah Tinggi. Laporan Bharian Hiburan



Hanez Suraya saman pembantu peribadi kerana menghasut, hiburan, gossip, kontroversi, info,



Kuala Lumpur: Pelakon, Hanez Suraya Abdul Aziz, menyaman bekas pembantu peribadinya dan menuntut ganti rugi kerana mendakwa difitnah dan dimalukan dalam laman sosial Twitter serta Instagram.




 


Hanez Suraya, 29 menamakan Mohd Fairus Mohd Lazim, 28 dalam saman yang difailkan pada 1 November tahun lalu di Mahkamah Tinggi di sini, melalui firma guaman, Tetuan Harjit Sandhu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hanez Suraya mendakwa Mohd Fairus mula bekerja dengannya sejak Julai 2013 dan sebagai pembantu peribadinya, defendan akan dibawa ke mana saja walaupun ke luar negara, selain turut diperkenalkan kepada keluarga dan rakannya.

Hanez Suraya berkata, pada awal September 2013, beliau diberitahu pengurusan Aura White untuk membawanya ke Hong Kong pada bulan November dengan semua kos ditaja sepenuhnya.

Katanya, beliau berasa lebih sesuai untuk membawa jurusolek berbanding pembantu peribadi kerana khidmat jurusolek lebih diperlukan di sana.

Tunjuk tingkah laku pelik

    “Selepas pulang dari Jakarta pada September 2013, defendan mula menunjukkan tingkah laku pelik dan membuat perangai di tempat kerja seperti datang lambat dan menghasut saya supaya tidak rapat dengan rakan saya tetapi dia pula yang rapat dengan mereka di belakang saya.

    “Selepas itu defendan mula memburukkan nama saya di laman sosial seperti dalam laman Twitter dan Instagram dengan memuat naik tweet serta hashtags yang merujuk kepada saya yang mengandungi perkataan fitnah,” katanya.

Sehubungan itu, Hanez Suraya menuntut defendan membayar ganti rugi am, teruk dan teladan yang ditaksirkan oleh mahkamah selain memohon injunksi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama.

Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi menetapkan pada 17 April ini bagi pengurusan kes. 



SUmber : BeritaHarian

0 Response to "[ Hiburan ] Hanez Suraya saman pembantu peribadi kerana menghasut"

Post a Comment