Buat seketika selama beberapa hari ini, kontroversi Hanez Suraya mengenai percintaannya dengan suami orang berjaya dilupakan dan dikaburi dengan berita yang lebih penting iaitu isu kehilangan pesawat MH370.
Bagaimanapun secara tiba-tiba pelakon tersebut kembali memuat naik sekeping gambar di Instagram sekitar petang semalam selepas kurang aktif di laman sosial tersebut sebaik sidang media berkenaan isu ini diadakan tempoh hari.
Walaupun ianya bukanlah gambar kontroversi, namun ruangan komen gambar tersebut telah dibanjiri dengan perdebatan hebat antara penyokong Hanez dan pengkritiknya.
Kata-kata motivasi yang dimuat naik Hanez berserta caption ‘Insya-Allah’
Selain menasihatkan Hanez supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau kemaskini lagi berkaitan isu ini, ada juga yang menyarankan pelakon itu berpisah dengan jejaka bernama R berkenaan atas alasan itu yang terbaik untuknya.
Selain menasihatkan Hanez supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau kemaskini lagi berkaitan isu ini, ada juga yang menyarankan pelakon itu berpisah dengan jejaka bernama R berkenaan atas alasan itu yang terbaik untuknya.
Namun tidak hanya mendiamkan diri, Hanez pantas membalas komen negatif yang diterimanya dengan mengatakan masyarakat hanya pandai menuding jari tanpa mengetahui perkara sebenar.
Malah, pelakon Autumn Di Hatiku itu juga mendedahkan dia langsung tidak menyangka isu ini akan menjadi besar dan berlarutan seperti sekarang selain menganggap ianya adalah ketentuan Allah S.W.T.
Apapun diharapakan persengketaan ini dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu mengaibkan mana-mana pihak lagi.
Sumber : OhBulan
0 Response to "[ Hiburan ] Peminat saran Hanez Suraya tinggalkan kekasih"
Post a Comment