[ Info ] Guna ‘ladder’ jejak MH370


Kesungguhan pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pesawat MH370 tidak dapat dipertikaikan.



Guna ‘ladder’ jejak MH370, info, berita terkini pesawat MH370,



Itu disaksikan sendiri jurukamera Harian Metro yang menyertai SAR bersama 13 petugas media dari agensi lain ketika mengikuti misi pencarian pesawat MH370 bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan menaiki pesawat Charlie 130.


Misi yang melakukan pemantauan meliputi empat kawasan sekitar perairan negara itu diketuai juruterbang Mejar Zuliana Zulkifle, pembantu juruterbang, Kapten Mohd Syamsul Mohd Yusof, seorang jurumalim (navigator) serta dua anggota.

Pencarian berkenaan dimulakan seawal jam 7 pagi ketika jurugambar dan petugas media lain tiba ke perairan Selat Melaka.

Bagi memudahkan pencarian, pesawat hanya terbang pada ketinggian 762 meter (m) dari permukaan air.
Berdasarkan perbualan jurugambar dengan semua pegawai dan anggota TUDM terbabit, pihak pemantau atau petugas yang menyertai SAR melalui udara dapat mengesan objek yang berada di atas permukaan laut pada ketinggian berkenaan.

“Kaedah yang digunakan dalam misi ini dipanggil ‘ladder’ iaitu pesawat bergerak dalam bentuk segi empat bagi melakukan pemantauan meliputi Selat Melaka, Pulau Pinang, Langkawi, Phuket (Thailand) sehinggalah Lautan Andaman sebelum terbang di dalam kawasan petak (ditetapkan) secara ‘zig zag’.

“Peralatan seperti ‘bioscope’ dan kamera digital tertentu turut digunakan bagi menentukan sesuatu imej dapat dilihat dengan lebih jelas,” kata mereka.

Bagaimanapun, pencarian berkenaan gagal menemui sebarang petunjuk mengenai MH370 sebelum jurugambar dan petugas media lain kembali ke pangkalan TUDM di Subang , lapor Metro

Biarpun begitu, apa yang disaksikan jurukamera adalah kesungguhan dan sikap komited semua pihak yang terbabit dalam SAR selain mengharapkan orang ramai bersabar dan tidak menyalahkan mana-mana pihak selain berdoa semoga menemui petunjuk positif.

Pesawat C130 ini adalah pesawat pengangkut pelbagai fungsi yang digunakan TUDM sejak 1976 lagi.

Selain misi menyelamat, pesawat yang menjadi nadi TUDM itu sering terbabit dalam pelbagai operasi termasuk penerbangan ihsan dan bantuan kemanusiaan.


Sumber : newmalaysianpost.com

0 Response to "[ Info ] Guna ‘ladder’ jejak MH370"

Post a Comment