Khabarnya Romie Akan Melamar Dan Dah Jumpa Keluarga Hanez Suraya

Romie Akan Melamar Dan Dah Jumpa Keluarga Hanez Suraya | Ahli perniagaan ini juga mengakui dia sudah bertemu dengan keluarga Hanez serta melamar pelakon itu. Malah, Romie juga telah berterus-terang dengan keluarga Hanez tentang kemelut rumahtangganya.



Saya lapan tahun bahagia, namun perasaan itu hilang begitu sahaja tanpa sebab kukuh. Saya pun ingin bahagia juga. Mungkin niat saya (berkahwin dengan Hanez)datang terlalu awal. Namun begitu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang melamar Hanez. Sebaliknya, Hanez yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, memang benar saya sudah melamar dia iaitu sebelum dia mengeluarkan kenyataan kepada pihak media. Dia tahu kisah saya. Saya tunjukkan kejujuran dari awal. Saya terus berjumpa keluarganya. Saya terangkan semua. Keluarganya juga tidak pernah mendesak. Sebelum kenal Hanez, saya sudah cuba menjernihkan keadaan.




Selepas isteri saya keluar dari rumah, saya bagi tempoh tiga bulan untuk taat. Saya cuba menghubunginya namun jalan tersebut menemui jalan buntu. Selepas tempoh tiga bulan, saya teruskan dengan penceraian. Saya tiada pilihan dan saya cuba cari bahagia saya sendiri,” ulas Romie lagi yang menganggap masyarakat terlalu cepat menghukum Hanez.
Sidang media yang diadakan oleh Hanez Suraya pada Rabu menyaksikan kehadiran teman lelakinya, Mr. R atau Romie Razin Adilha, 34, yang juga merupakan suami kepada wanita bernama Nurliyana Abdul Manan.

Sama seperti Hanez, Romie juga bertindak membawa peguamnya, Rubiah Jaffar untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

Jelas Romie, dia turut serta dalam sidang media itu kerana mahu mengulas secara umum dan mahu memohon maaf atas kesulitan yang timbul.

"Saya mahu mengulas secara umum. Saya mohon maaf atas apa yang timbul. Banyak isu yang ditimbulkan oleh isteri saya tidak benar. Saya bukan nak aibkan orang, biarlah dia mengaibkan saya. Saya faham, orang sedang marah, tak boleh berikan penjelasan yang betul.

Kadang sesuatu perkara yang betul, dikatan tidak, begitu juga sebaliknya. Lapan tahun hidup saya, bukan cara saya untuk mengaibkan dia, tapi saya hanya mahu memberikan penjelasan. Contohnya, isu Hanez menjadi punca rumah tangga saya bergolak.

Saya berkenalan dengan Hanez pada 20 Disember 2013, sewaktu menghadiri sebuah majlis di UiTM Shah Alam. Sedangkan isteri saya keluar dari rumah pada 15 Ogos 2013. Isteri mendakwa sudah lapan bulan rumah tangga kami bergolak disebabkan Hanez, sedangkan kami kenal bulan Disember 2013.

Mengenai gambar di Bangkok, itu pada bulan Januari yang lalu. Tuduhan yang mengatakan kami pergi berdua juga tidak benar. Kami ke sana bertujuh, adik Hanez juga turut serta,” ulas Romie menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya.

0 Response to "Khabarnya Romie Akan Melamar Dan Dah Jumpa Keluarga Hanez Suraya"

Post a Comment