Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power' kerana didapati mengandungi unsur-unsur boleh memudaratkan ketenteraman awam.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," petik kenyataan kementerian tersebut, hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

0 Response to "Ultraman The Ultra Power Akan Gugat Keselamatan Negara?"
Post a Comment