Tumpahan Minyak Di Perairan Vietnam Beri Petunjuk Pesawat MH370 Terhempas

Tumpahan minyak sepanjang 20 kilometer kelihatan di antara perairan Malaysia dan Vietnam petang tadi dipercayai menjadi petunjuk pertama dalam kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikatakan terhempas, lapor The New York Times hari ini.

"Tumpahan minyak kira-kira sepanjang 20 kilometer dikesan oleh pesawat AN26 tentera Vietnam ketika operasi mencari di mana ia dipercayai kesan daripada punca kapal terbang itu terhempas.







Pangkalan tentera laut Vietnam di Pulau Phu Quoc, perairan Vietnam Selatan di mana pesawat MH370 dipercayai hilang hari ini. – Gambar AFP

Pangkalan tentera laut Vietnam di Pulau Phu Quoc, perairan Vietnam Selatan di mana

pesawat MH370 dipercayai hilang hari ini. – Gambar AFP


"Kami sudah memaklumkan maklumat itu kepada Singapura serta Malaysia ?kini operasi mencari masih lagi diteruskan," kata Pengarah Pentadbiran Penerbangan Awam Lai Xuan Thanh sepertimana dipetik dalam laporan berita tersebut.

Katanya beliau masih belum mengenalpasti adakan tumpahan minyak itu lebih dekat dengan Malaysia atau di Vie?tnam berdekatan dengan laluan ke teluk Thailand.




Koordinat yang dihantar pada kali terakhir oleh pesawat itu adalah berdekatan dengan titik tengah kedua-dua negera, di mana kapal terbang itu berada dalam penerbangan stabil dengan ketinggian 35,000 kaki.

Penemuan itu dikesan selepas Vietnam, Malaysia, China, Singapura dan Filipina bekerjasama mempergiatkan operasi mencari kehilangan pesawat yang dilaporkan hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Kedudukan terakhir MH370 sebelum hilang daripada radar adalah 065515 utara (longitude) dan 1033443 timur (latitude). – 8 Mac, 2014.

0 Response to "Tumpahan Minyak Di Perairan Vietnam Beri Petunjuk Pesawat MH370 Terhempas"

Post a Comment