Lapan Pelajar Lelaki USM Hilang, Gagal Turun Dari Gunung Jerai

Lapan Pelajar USM Hilang, Gagal Turun Dari Gunung Jerai

Lapan penuntut lelaki dari Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan gagal turun dari Gunung Jerai, dekat Gurun, selepas seorang daripada mereka cedera dalam kejadian petang ini.

Kesemua mereka dikatakan mula mendaki gunung itu kira-kira pukul 10 pagi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat ketika dihubungi berkata kesemua pelajar yang berusia antara 23 hingga 26 tahun itu dikatakan naik ke Gunung Jerai untuk berkhemah.




Katanya difahamkan pendakian mereka itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah menerima laporan tentang kejadian pada pukul 8.13 malam dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. – Bernama, 8 Mac, 2014.

0 Response to "Lapan Pelajar Lelaki USM Hilang, Gagal Turun Dari Gunung Jerai"

Post a Comment