AKHIRNYA BELANG KETUA PENGARAH JABATAN PENERBANGAN AWAM (DCA) TERBONGKAR ... FOBIA DENGAN MEDIA SAMPAI SANGGUP HALAU PARA WARTAWAN TINGGALKAN DEWAN PERSIDANGAN!!!



Masa setiap kali sidang media MH370 yang di pancarkan secara langsung di saluran TV tertentu bukan main lagi dia tunjuk macho dan cool.

Walaupun akan gagap dan penguasaan Bahasa Inggeris tidak mantap tetapi dia mampu berdepan jua dengan media tempatan dan luar negara.

Realitinya????? .. Bukan saja dengan media luar negara tapi wartawan tempatan yang berkeja untuk akhbar milik UMNO/BN pun sudah jadi fobia!!!!

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu.


Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira selepas seminit berucap.


"Saya minta maaf, adakah ada media di sini?

Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?" katanya di hotel Sheraton Imperial dipetik daripada portal Mstar Online.




Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu.


Peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu The Star beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik berkenaan.


Beliau berkata, ketua pengarah DCA itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang dilakukan oleh para penyiasat dalam usaha mencari dan menyelamat yang sedang berjalan, kini memasuki minggu keempat.


"Ia tidak sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak dilaporkan sejak beberapa minggu lepas.

Pegawainya turut memberitahu lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa beliau tiba-tiba berhenti (berucap)," katanya seperti dilapor Mstar Online.


MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Related Posts :

0 Response to "AKHIRNYA BELANG KETUA PENGARAH JABATAN PENERBANGAN AWAM (DCA) TERBONGKAR ... FOBIA DENGAN MEDIA SAMPAI SANGGUP HALAU PARA WARTAWAN TINGGALKAN DEWAN PERSIDANGAN!!!"

Post a Comment